Halim Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Halim Othman
Halim Othman.jpg
Kelahiran Abdul Halim bin Othman
(1964-09-28) 28 September 1964 (umur 53)
Kemaman, Terengganu, Malaysia
Pusat pendidikan UT Knoxville logo 2015.svg University of Tennessee
Amerika Syarikat
Pekerjaan Juruhebah radio dan pengacara TV
Tahun aktif 1998–kini

Halim Othman[1] (lahir 28 September 1964) merupakan seorang juruhebah radio dan pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu. Beliau juga adalah pengacara Roda Impian sebelum digantikan dengan Hani Mohsin dan juga menjadi hos bagi rancangan Halim Othman Live di Astro Ria.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya awal sebagai pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1993, nama Halim Othman atau lebih mesra dengan gelaran HO terus popular dan melekat di ‘minda’ peminat tanah air sebagai seorang pengacara televisyen dan penyampai radio dengan gaya tersendiri.[2]

Selepas menimba pengalaman sebagai pengacara SPM, Halim terus melangkah jauh apabila dipilih menjadi hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.[2]

Pada awal kemunculan beliau, dikenali menerusi Radio Era FM sebagai krew pagi di ERA. Digandingkan bersama Khairil Rashid, selepas itu Linda Onn, beliau amat diminati menerusi suara beliau yang gemersik. Menerusi ERA juga, beliau berjaya memenangi Anugerah Penyampai Radio Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular selama 4 tahun berturut-turut.

Setelah kejayaan yang dikecapi, pengurusan ERA telah memindahkan beliau dari stesen berkenaan ke stesen radio retro terkenal Malaysia, Radio Sinar FM. Bersama Sinar, beliau berjaya mencipta nama tersendiri dengan membentuk kumpulan pendengar yang pelbagai peringkat umur.

Pada 18 Januari 2008, Halim mengumumkan persaraannya dari kerjaya penyiarannya sambil menyatakan ingin menumpukan perhatian kepada bidang penulisan seni kaligrafi.[3][4]

Hot FM[sunting | sunting sumber]

Pada awal November 2009, beliau mengejutkan pendengar Hot FM kendalian Media Prima Berhad setelah muncul dalam sesi Hot FM Am Krew bersama Faizal Ismail.

Terbaru: Bersama Suria FM[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, Halim mengambil keputusan untuk menyertai stesen radio Suria.FM sekaligus mengejutkan ramai. Turut menyertai stesen tersebut ialah penyampai radio wanita popular, Linda Onn. Kehadiran Halim yang mengendalikan Breakfast@Suria pukul 6pagi hingga 10 pagi bersama Zizi dan Viviana Layola serta berganding bersama Linda dalam Suria 20 ternyata berjaya menaikkan rating stesen tersebut dengan kenaikan 100% pendengar pada Mei 2010.[5][6]

Pada April 2016, Beliau kembali ke kaca TV selepas hampir sedekad.[7][8]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.star2.com/tag/halim-othman/
  2. ^ a b Halim Othman dari arkitek ke selebriti Perak Today (2 September 2016). Dicapai pada 8 Disember 2016.
  3. ^ "Masanya sudah sampai", Berita Harian, 21 Januari 2008.
  4. ^ "Berundur dari Sinar FM, Halim tidak merajuk", Kosmo!, 21 Januari 2008.
  5. ^ http://www.suriafm.com.my/penyampai/halim-othman/
  6. ^ http://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/music/news/2015/01/05/a-new-chapter-for-halim-othman/
  7. ^ Halim Othman Kembali Jadi Pengacara TV Selepas 10 Tahun Mohd Al-Qayum Azizi. mStar (2 April 2016).Dicapai pada 8 Disember 2016.
  8. ^ Halim Othman teruja ke TV semula AMIRAH AMALY SYAFAAT. Utusan Malaysia (3 April 2016). Dicapai pada 8 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]