Nadira Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nadira Azizan
KelahiranKhidirah Naimah binti Mohd Zain
(1976-11-18)18 November 1976
Lenggong, Perak, Malaysia
Meninggal dunia29 Oktober 2017(2017-10-29) (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianDemam denggi
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPenyampai radio
Tahun aktif1998–2017
PasanganHasrulrizal Hassan (sehingga kematiannya)
Anak5

Nadira Azizan (lahir Khidirah Naimah Mohd Zain; 18 November 1976–29 Oktober 2017)[1] merupakan seorang penyampai radio Malaysia, terkenal sebagai penyampai radio Era dan THR Gegar. Beliau merupakan salah seorang penyampai terawal Era, yang memulakan siaran pada 1 Ogos 1998, bersama-sama dengan Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin, Kudsia Kahar dan Najman Mohamed.[2]

Beliau paling dikenali kerana pernah bergandingan dengan Halim semasa teman penyampai ketika itu, Jamal bercuti. Pada tahun 2008, Nadira menamatkan khidmatnya di Era selepas 10 tahun berkhidmat dan menyertai THR Gegar (kini Gegar) sebagai Eksekutif Muzik dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan sehingga kematiannya. Beliau meninggal dunia pada 29 Oktober 2017 akibat demam denggi pada usia 40 tahun.[3] Beliau meninggalkan suami Hasrulrizal Hassan dan lima anak.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (29 Oktober 2017). Bekas penyampai Era FM meninggal dunia Berita Harian. Diperoleh pada 10 Ogos 2018.
  2. ^ "Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia". mStar Online. 29 Oktober 2017. Dicapai 10 Ogos 2018. 
  3. ^ Georgie Joseph (29 Oktober 2017). "Nadira Azizan meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai 10 Ogos 2018. 
  4. ^ Budiey (29 Oktober 2017). "Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia". Sensasi Selebriti. Dicapai 10 Ogos 2018. 
  5. ^ "Nadira Azizan THR Gegar Meninggal Dunia". Astro Gempak. 29 Oktober 2017. Dicapai 10 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]