Seelan Paul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seelan Paul
Kelahiran
Sathiaseelan a/l Paul Thurai

(1974-08-07) 7 Ogos 1974 (umur 49)
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia (UPM)
PekerjaanPengacara, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif1998–kini
PasanganCarolyn
Anak-anak1

Sathiaseelan a/l Paul Thurai (lahir 7 Ogos 1974) merupakan seorang penyampai radio dan pelakon lelaki Malaysia dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ntv7.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Seelan memulakan kerjaya awalnya sebagai guru Pendidikan Jasmani. Kerjaya radio beliau bermula dengan berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio swasta pertama negara, Era semasa stesen radio itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998, dan berkhidmat selama 7 tahun. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Subarma Mokhtaruddin, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Kudsia Kahar dan Najman Mohamed.

Seelan memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi filem Trauma (2004) arahan Aziz M. Osman dan Potret Mistik (2005) arahan Abdul Razak Mohaideen.

Beliau menyertai Media Prima pada 1 Ogos 2005 dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, empat tahun kemudian dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima pada tahun 2011. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima pada 30 Disember 2013.[2] Beliau juga pernah mengacarakan rancangan Kaki Bola di TV9.[3]

Seelan menerajui tiga inisiatif digital baharu pada Mac 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan sedia ada rangkaian radio dengan memanfaatkan gangguan digital semasa.[4] Sebagai pengiktirafan sumbangan Seelan terhadap industri radio tempatan, beliau dilantik sebagai Presiden Radio Komersial Malaysia pada Oktober 2015. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Seelan merupakan peminat setia pasukan bola sepak England, Liverpool. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Carolyn dan mempunyai seorang anak.[1]

Seelan dibesarkan dalam kepercayaan Kristian.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Gila Bola Manik Basha Filem pertama
2004 Trauma Doktor
2005 Potret Mistik ASP Seelan
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Lanun bertangan kail
Ejen Ali: The Movie - Dikreditkan terima kasih

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Syanty Octavia Amry (31 Julai 2016). "Tiada jurang bos, kakitangan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  2. ^ "Seelan Paul dilantik COO Rangkaian TV Media Prima". Utusan Malaysia. 30 Disember 2013. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  3. ^ Budiey (6 Januari 2012). "Kieran & Seelan Paul Hos Program Bual Bicara KAKI BOLA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  4. ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (28 Oktober 2016). "Seelan Paul optimis lawan survival radio". Kosmo!. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  5. ^ Norliza Mohamad Zakaria (4 September 2009). Seelan Paul belajar berpuasa Utusan Malaysia. Diperoleh pada 8 November 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]