Kudsia Kahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kudsia Kahar
Kelahiran (1970-05-06) 6 Mei 1970 (umur 53)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyampai radio, pelakon, eksekutif radio
Tahun aktif1990–kini

Kudsia Kahar (lahir 6 Mei 1970) merupakan seorang penyampai radio Malaysia.[1] Beliau ialah pengasas syarikat miliknya, Kudsia+Co dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Star Radio Group Berhad serta Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM), sebuah pertubuhan yang mewakili 25 stesen radio di Malaysia.[2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kudsia dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibunya, Suriaya Abdullah merupakan seorang penulis manakala bapanya ialah Abdul Kahar Mohamed ialah seorang bekas penyanyi yang pernah terlibat dalam Bintang RTM pada 1976.[4]

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua di Gombak, Selangor dan menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang. Bermula dari situlah Kudsia memasang impian menjadi penyampai radio.[4]

Selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Kudsia pernah menyimpan hasrat untuk menjadi peguam ketika berusia 19 tahun. Beliau kemudian menyambung pelajarannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) yang mana beliau mengambil kursus kewartawanan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Kudsia memulakan kerjaya radio terawalnya sebagai juruhebah Rediffusion Radio Network (RCN) di bawah pengurusan AmBank selama dua tahun setengah.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat di Radio Muzik pada 1994. Dua tahun kemudian, Kudsia menyertai rangkaian TV satelit ASTRO yang mana beliau merupakan salah seorang eksekutifnya sebelum memegang jawatan sebagai Pengurus Rancangan Hitz FM.[4]

Beliau berhijrah ke Era yang ketika itu, baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Semasa khidmatnya di Era, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Rangkaian Era dan Sinar. Jawatan terakhir beliau di AMP ialah senagai Naib Presiden Media Baru di AMP Radio Networks (kini Astro Radio).[4]

Beliau menyertai Star Radio Group Berhad sebagai Ketua Pegawai Operasinya pada 16 Julai 2012[4][5] sehingga 18 Oktober 2015.[6] Kudsia juga memegang jawatan Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) bagi penggal kedua.[7]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Kudsia memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi beberapa filem termasuk KL Menjerit (2002) dan Laila Isabella (2003).[8]

Kudsia+Co[sunting | sunting sumber]

Kudsia merupakan pengasas syarikat miliknya, Kudsia+Co yang ditubuhkan pada November 2015. Ia menawarkan perkhidmatan berkaitan latihan dan pembangunan wanita dan ibu tunggal di seluruh Malaysia serta kursus pengucapan awam dan perkongsian ilmu untuk mengukuhkan kerjaya penyampai radio.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suziana Nona (3 Februari 2014). Melangkah lebih pantas: Kudsia Kahar Karangkraf. Diperoleh pada 28 Ogos 2018.
  2. ^ Kudsia Kahar: Sirih Pulang Ke Gagang Malaysian Digest (3 Ogos 2012). Diperoleh pada 28 Ogos 2018.
  3. ^ Jayagandi Jayaraj (7 Ogos 2012). Kudsia comes a full circle The Star Online. Diperoleh pada 8 November 2012.
  4. ^ a b c d e f g Amira Amaly Syafaat (17 April 2016). Nekad dan fokus Kudsia Kahar Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ Rozaidi A. Rahman (3 Ogos 2012). Kudsia Kahar sertai kumpulan radio The Star mSTAR Online. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  6. ^ SRG’s chief operating officer Kudsia Kahar exits Marketing Interactive (19 Oktober 2015). Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  7. ^ Hanisah Selamat (24 November 2014). Radio mesti kreatif Berita Harian. Dicapai pada 25 November 2014.
  8. ^ Wartawan Sinar Harian (14 Disember 2014). Kudsia Kahar dedah rahsia setia bersama radio komersial Sinar Harian. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  9. ^ About us Diarkibkan 2021-01-16 di Wayback Machine Kudsia+Co. Dicapai pada 25 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]