Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan sebuah organisasi bagi mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung di Malaysia. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).

Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.

Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .[1]

Kelam-kabut 2008[sunting | sunting sumber]

Biasanya , Pengerusi JKKK adalah juga ketua UMNO Cawangan sesebuah kampung. Oleh itu, selepas pilihan raya 2008 diadakan, terdapat konflik pentadbiran . Menterinya waktu itu , Tan sri Muhammad Haji Muhd Taib mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Akibatnya terdapat dua pentadbiran di sesebuah kampung dan membawa kepada perpecahan orang kampung yang serius. Antaranya ialah perebutan , tohmahan dan fitnah seperti penutupan balai raya, ambil alih tadika perpaduan , kelas fardhu ain dan pertukaran jawatankuasa surau di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKKK enggan mematuhi arahan daripada kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Ahli JKKK berasa bimbang kerana mereka daripada parti lain , khususnya daripada UMNO. Beberapa bulan selepas 8 Mac 2008, fungsi JKKK tidak bergerak dan terkejut dengan tsunami politik 2008.

Secara pentadbiran , kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mentadbir dan menyusun semula dewan orang ramai atau balai raya. Ada pihak yang mengunci balai raya dengan rantai besi , Semua khemah kenduri-kendara , alat siaraya, kerusi meja , televisyen dan set komputer dibawa keluar dengan pelbagai alasan. Kekeliruan semakin reda apabila JKKK akur bahawa balai raya dan surau bukan milik mana-mana parti politik. JKKKP terpaksa mengadakan mesyuarat di tempat lain , bukan lagi di balai raya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]