Jovenel Moïse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jovenel Moïse
Presiden Haiti
Dalam jawatan
7 Februari 2017 – 7 Julai 2021
Perdana MenteriEnex Jean-Charles
Jack Guy Lafontant
Jean-Henry Céant
Jean-Michel Lapin (pemangku)
Joseph Jouthe
Didahului olehJocelerme Privert (interim)
Butiran peribadi
Lahir(1968-06-26)26 Jun 1968
Trou-du-Nord, Haiti
Meninggal dunia7 Julai 2021(2021-07-07) (umur 53)
Pétion-Ville, Haiti
Sebab kematianPembunuhan
Tempat persemadianNew Orleans
KerakyatanHaiti
Parti politikTèt Kale
PasanganMartine Étienne Joseph
Anak-anakJoverlein Moïse, Jomarlie Moïse, Jovenel Moïse Jr.
Alma materUniversiti Quisqueya

Jovenel Moïse (26 Jun 1968 – 7 Julai 2021) ialah usahawan dan ahli politik Haiti berkhidmat sebagai Presiden Haiti ke-42. Beliau berkhidmat sehingga pembunuhannya pada 7 Julai 2021. Beliau mengangkat sumpah jawatan Presiden Haiti pada bulan Februari 2017 selepas memenangi pilihan raya November 2016.[1][2] Pada tahun 2019, berlaku pergolakan politik dan di desak untuk meletakkan jawatan Presiden.[3][4]

Pada awal pagi 7Julai 2021, beliau dibunuh dan isterinya, Martine cedera selepas kediaman peribadinya di Pétion-Ville diserang oleh pengganas. Perdana Menteri sementara, Claude Joseph menggantikannya sebagai Pemangku Presiden Haiti.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Trou du Nord, Nord-Est, Haiti pada bulan Julai 1974. Keluarganya berpindah ke Port-au-Prince, di mana beliau mendapat pendidikan awal di École Nationale Don Durélin. Meneruskan pendidikan menengah pertama di Lycée Toussaint Louverture, dan peringkat menengah kedua di Center Culturel du Collége Canado-Haïtien. Pada tahun 1996, beliau berkahwin dengan Martine Marie Étienne Joseph.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menjadi ahli perniagaan di Port-de-Paix melalui syarikatnya, JOMAR Auto Parts, yang masih beroperasi sehingga ke hari ini. Pada tahun yang sama, beliau memulakan projek pertanian dengan mengeluarkan pisang organik dengan ladang miliknya seluas lebih dari 10 hektar (25 ekar) di Nord-Ouset, Haiti.

Pada tahun 2001, beliau bekerjasama dengan Culligan untuk memulakan perniagaan kilang air minuman untuk di edarkan ke bahagian Nord-Ouest dan Nord-Est.

Pada tahun 2012, beliau mengasaskan AGRITRANS SA, sebuah projek pertanian NOURRIBIO di Trou du Nord, Haiti serta membantu kerajaan mewujudkan zon perdagangan bebas pertanian pertama di Haiti melalui ladang pisang organik seluas 1,000 hektar (2,500 ekar) di Nord-Est.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2021, beliau telah mati dibunuh di rumahnya. Beliau dibunuh oleh segerombolan penceroboh bersenjata yang memasuki rumahnya.[5]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau dianugerahkan Order of Brilliant Jade dengan Grand Cordon oleh Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen pada bulan Mei 2018. Tsai memuji inisiatif ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Moïse.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ @cep_haiti (28 November 2016). "Résultats préliminaires des élections présidentielles du 20 Novembre 2016 pic.twitter.com/i9GsrkkU8p" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ Brice, Makini (29 November 2016). "Businessman Moise wins Haiti election in first round - provisional results". Port-au-Prince: Reuters. Dicapai pada 16 November 2017.
  3. ^ Padgett, Tim. "Moïse Mess: Haiti's Political Standoff – And Humanitarian Crisis – Won't Likely End Soon". www.wlrn.org. Dicapai pada 15 December 2019.
  4. ^ Miami Herald
  5. ^ "Presiden Haiti, Jovenel Moise mati dibunuh". Kosmo Digital. 7 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2021. Dicapai pada 7 Julai 2021.
Jawatan politik
Didahului oleh
Jocelerme Privert
Interim
Presiden Haiti
2017–2021
Pemegang jawatan kini

Templat:Ketua negara Haiti