Kehakiman di Malaysia
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Portal Malaysia |

Sistem kehakiman Malaysia (Jawi: سيستم کحاکيمن مليسيا) sebagai sebuah negara persekutuan tiga belas negeri meletakkan hampir semua kuasa pada sistem mahkamah persekutuan ia. Sistem tersebut terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah.
Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, manakala yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan selepas 24 Jun, 1994.
Sistem Kehakiman di Malaysia bercirikan dwialiran dengan satu aliran melibatkan undang-undang sivil dan satu aliran lain mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.
Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:
- Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
- Mahkamah Agung Singapura
- Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei
Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Pembentukan Malaysia
[sunting | sunting sumber]Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah British yang masih tinggal, telah dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di bawah ini:
- Mahkamah Tinggi Malaya
- Mahkamah Tinggi Singapura
- Mahkamah Tinggi Borneo
Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.
Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.
Rayuan Majlis Privi
[sunting | sunting sumber]Walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia, menurut perjanjian antara Her Majesty The Queen dan Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Artikel 131 daripada Perlembagaan Persekutuan, keputusan kehakiman daripada Mahkamah Persekutuan boleh diambil di atas rayuan ke Judicial Committee of the Privy Council di London.
Rayuan Majlis Privi ke atas perkara jenayah dan perlembagaan telah di mansuhkan pada 1 Januari 1978. Rayuan sivil juga telah dimansuhkan pada 1 Januari 1985, di mana Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula sebagai "Mahkamah Agung Malaysia".
Reformasi 1994
[sunting | sunting sumber]Dalam tahun 1994, bagi mengekalkan tingkat kedua di dalam sistem rayuan yang telah hilang apabila rayuan-rayuan Majlis Privi telah dibatalkan, Perlembagaan telah diubah untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Malaysia (diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan) dibawah Mahkamah Agong, yang mana sekali lagi dinamakan semula "Mahkamah Persekutuan Malaysia".
Sebagai sebahagian daripada Malaysia Barat, Mahkamah Tinggi Borneo telah dinamakan "Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak". The office of Lord President of the Supreme Court was replaced by that of "Chief Justice of Malaysia", while the Chief Justices of Malaya and Borneo were re-titled "Chief Judge of Malaya" and "Chief Judge of Sabah and Sarawak" respectively. These changes were seen by many in the Opposition as an attempt to downgrade the prestige of the judiciary.
Diadili oleh juri
[sunting | sunting sumber]Sehingga 1995, hak diberi untuk memohon perbicaraan diadili juri - juri yang biasanya terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita - dalam kesemua kes-kes berat (capital cases).
Perbicaraan diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili juri tidak dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat dikendalikan oleh seorang hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi kemudiannya di perkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan Sarawak, perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors, seperti sebelum kemerdekaan.
Pada 1 Januari 1995, perbicaraan diadili juri dimansuhkan di seluruh Malaysia.
Mahkamah Agung
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Persekutuan
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.
Mahkamah Rayuan
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
- tuntutan melebihi RM10000
- keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
- rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah.
Mahkamah Tinggi
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1,000,000.00, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
- kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
- kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
- penjagaan kanak-kanak;
- pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
- injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
- kesahan individu.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.
Mahkamah Rendah
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.
Mahkamah Sesyen
[sunting | sunting sumber]Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.
Mahkamah Majistret
[sunting | sunting sumber]Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret Kelas Pertama membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM100,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja dan kesalahan dia bawah Section 392 (merompak tanpa senjata) dan 457 Kanun Keseksaan Hukuman yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sehingga 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.
Mahkamah lain
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Adat yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.
Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.
Mahkamah Syariah
[sunting | sunting sumber]Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.
Senarai Ketua Hakim Negara
[sunting | sunting sumber]- Tun Sir James Beveridge Thomson (1963-1966)
- Tun Syed Sheh Hassan Barakbah (1966-1968)
- Tun Mohamed Azmi Mohamed (1968-1974)
- Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim (1974-1982)
- Raja Tun Azlan Shah (1982-1984)
- Tun Mohamed Salleh Abas (1984-1988)
- Tun Abdul Hamid Omar (1988-1994)
- Tun Mohd Eusoff Chin (1994-2000)
- Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (2000-2003)
- Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (2003-2007)
- Tun Abdul Hamid Mohamad (2007-2008)
- Tun Zaki Tun Azmi (2008-2011)
- Tun Arifin Zakaria (2011-2017)
- Tun Md Raus Sharif (2017-2018)
- Tun Richard Malanjum (2018-2019)
- Tun Tengku Maimun Tuan Mat (2019-2025)
- Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh (2025-kini)
Isu dan tengkarah
[sunting | sunting sumber]Majlis Peguam Malaysia telah mengadakan beberapa bantahan dan tunjuk perasaan yang melibatkan pengamal undang-undang di Malaysia termasuk yang terbaru pada 27 September 2007. Jika undang-undang di Malaysia mudah disorong-tarik, pelabur asing bimbang dengan nasib pelaburan mereka di sini. Ketidakstabilan politik akan berlaku dan melumpuhkan ekonomi negara dalam pasaran saham.
Pemecatan Tun Salleh Abas
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Mac 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baru dilantik, mahu kerajaan Barisan Nasional memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman. Kesalahan ini dilakukan 20 tahun lalu iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Kumpulan UMNO 11 mahu membawa kes itu ke mahkamah dan hakim pula dijangka memihak kepada UMNO 11.
Pada 2000, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian semasa di majlis memperingati kematian Tan Sri Wan Suleiman, salah seorang Hakim Mahkamah Agung yang dipecat, menyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya dua generasi lagi untuk memulihkan sepenuhnya Badan Kehakiman Negara ini selepas peristiwa hitam 1988. Tun Dr Salleh Abas dalam bukunya, "May Day For Justice", bahawa ia disebabkan Perdana Menteri waktu itu bimbang kemungkinan rayuan UMNO 11 akan diterima. [1]
Sebelum ini Presiden Badan Peguam, Ambiga Sreenevasan menyambut baik barisan kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melantik Datuk Zaid Ibrahim bagi memulihkan imej kehakiman di Malaysia.
Perubahan badan kehakiman
[sunting | sunting sumber]Perubahan dalam cara memilih hakim dan cara naikkan pangkat hakim itu perlu diperbetulkan. Rakyat juga mahu kes mereka didengar dengan lebih cepat dan keputusan yang dibuat tidak membebankan rakyat.
Semua pihak termasuk barisan hakim perlu dibawa berbincang bagi mencari jalan penyelesaian semua kes yang tertangguh. Pihak yang cuba 'menceroboh' dan mengambil kesempatan ke atas badan kehakiman perlulah diambil tindakan.[2]
Badan perundangan tidak patut dikartunkan dan menjadi bahan lelucon. Sebaliknya badan kehakiman adalah badan yang telus, dihormati dan jika dihakimi semula masih tidak berubah arah penghakiman. Sepatutnya penghakiman masa-masa lalu tidak dipertikaikan dan dihakimi semula. Sebarang kes yang dibawa ke mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan malah ke mahkamah antarabangsa tidak patut menampakkan kelemahan penghakiman.
Di Malaysia, banyak perkara, badan perundangan, dasar kerajaan dan undang-undang sedia ada yang bersangkutan yang perlu dirombak secara drastik. Rakyat Malaysia tidak lagi berpeluang membawa kes ke mahkamah antarabangsa sebaliknya hanya terhad kepada mahkamah agung sahaja. Sentimen anti perundangan British / Barat mestilah diminimakan.
Pendakwaan berpilih antara kes besar dan kes kecil, tokoh besar dan rakyat kecil tidak dibezakan. Mana-mana hakim tidak patut intim dengan rakyat biasa apa lagi tertuduh dalam sesuatu kes. Cubaan mengatur pendakwaan dan proses perbicaraan tidak seharusnya berlaku.
Tertuduh yang dipenjara belasan tahun tanpa sebarang perbicaraan tidak patut berlaku. Rakyat berhak mendapatkan peguam bela yang handal. Biro Bantuan Guaman mestilah lebih berfungsi dan bukan sekadar memenuhi syarat perundangan. Tertuduh yang dibebaskan kerana 'masalah teknikal' dan kerana memasang 'peguam tertentu' amat mengaibkan. Pegawai penyiasat sambil lew , pegawai pendakwa berpilih, kelewatan perkeranian, sistem fail berceramuk dan storan bukti dipecahmasuk / terbakar, kehilangan bukti, saksi tidak berani tampil ke hadapan dan asyik memihak kepada kerajaan amatlah mengecewakan. Kursus perundangan yang lebih spesifik mestilah diadakan agar mereka tidak dikelakarkan.
Di Pakistan, rakyat tidak berpuas hati dan mngadakan tunjuk perasaan terhadap tindakan Presiden Pervez Musharraf melucutkan jawatan ketua hakim Mahkamah Tinggi Iftikhar Mohammad Chaudhry. Mana-mana kerajaan yang berkuasa tidak harus bertindak sebagai pendakwa dan pada masa yang sama bertindak sebagai hakim. Imej badan kehakiman tercalar sukar untuk dipulihkan kerana kerajaan sedia ada enggan mengakui kesilapan dan menyediakan 1001 bukti dan saksi mata. Mengakui kesilapan bukan langkah bijak bagi mereka yang berada di puncak kuasa.
Mahkamah Sivil vs Mahkamah Syariah
[sunting | sunting sumber]Keadilan Islam adalah untuk orang Islam dan bukan Islam dan mestilah terbukti dan dapat dibuktikan, bukan sekadar retorik semata-mata. Penubuhan fakulti perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditubuhkan sejak 1983 diharap dapat meningkatkan keyakinan bukan Islam dan masyarakat Islam kepada Mahkamah Syariah.
Hakim Mahkamah Syariah mestilah dikagumi di peringkat local dan antarabangsa. Perkara ini boleh diperolehi melalui kelulusan akademik para hakim, peguam dan semua pengamal undang-undang. Badan Perundangan di Malaysia patut ada sistem data berkomputer yang mudah akses bagi tujuan penghakiman setara.
Pengamal undang-undang di mahkamah sivil dan mahkamah syariah sepatutnya duduk semeja dan muhasabah diri. Jangan gunakan pendekatan ortodok, retorik dan dogmatik.
Umat Islam berhak mendapatkan penghakiman berdasarkan lunas-lunas al-Quran dan Sunnah. Keserasian antara undang-undang Barat dan Timur mestilah dicari. Mesti ada titik pertemuan.

