Kejatuhan Tlemcen (1517)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejatuhan Tlemcen berlaku pada tahun 1518, apabila laksamana Uthamniyyah Oruç Barbarossa menawan kota Tlemcen daripada tangan sultannya, Abu Zayan, anggota keluarga terakhir daripada keturunan Banu Zayan.[1] Tlemcen jatuh selepas penawanan kota Ténès, juga dilakukan oleh Oruç dan adik lelaki beliau, Hayreddin.[1] Sultan Tlemcen kemudian melarikan diri ke Fez di Maghribi.[1] Oruç menabalkan diri beliau sebagai raja Tlemcen.[1] Satu-satunya anggota dinasti Abu Zayan yang terselamat adalah Sheikh Buhammud, yang melarikan diri ke Oran dan meminta bantuan daripada Sepanyol.

Kemenangan ini memberi Oruç kawalan ke atas kawasan di belakang pangkalan Sepanyol di Oran, yang mana mengancam laluan bekalan biasa mereka.[1] Kemenangan ini membolehkan Oruç mengawal wilayah yang agak luas, sebesar tanah jajahan Algeria Perancis.[2]

Bagaimanapun, pihak Sepanyol kemudian bertindak pada tahun 1518 dengan melancarkan serangan ke atas Tlemcen, yang terletak 70 batu daripada Oran, dan berjaya mengepung dan membunuh Oruç. Mereka kemudian mengawal kawasan Tlemcen.[1]

Tidak lama kemudian, raja Maghribi mengumpul jumlah tentera yang agak besar dan mara ke arah Tlemcen, serta berjaya mengusir Sepanyol.[1]

Uthmaniyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai terus Tlemcen bermula pada tahun 1545.[3] Pada tahun ini, pemerintah Wattassid daripada Maghribi, Sultan Ahmad telah ditawan oleh pesaing beliau, sharif Saadians. Penganti beliau, Ali Abu Hassun, pemangku bagi anak lelaki Sultan Ahmad yang masih kecil Nasir al-Qasiri, memutuskan untuk memberi taat setia kepada Uthmaniyah untuk mendapatkan bantuan mereka.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "The town of Tenes fell into the hands of the brothers, with an immense booty, and then Uruj marched on Tlemcen. The Sultan of Tlemcen, the last of the royal race of the Banu Zayan, did not await the coming of the corsair." in Sea-Wolves of the Mediterranean by E. Hamilton Currey p. 72ff
  2. ^ "With the fall of Tlemcen Uruj became master of a territory as large as the modern French colony of Algeria, and his exploits made many of the rulers about the Mediterranean quake in their shoes." in The book of pirates Henry Gilbert, 207-208
  3. ^ a b A history of the Maghrib in the Islamic period by Jamil M. Abun-Nasr p.155ff

Templat:Ottoman battles