Kempen Balkan 1529

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kempen Balkan oleh Suleiman
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyyah
Tarikh1529
Lokasi
Hungary
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah; Uthmaniyyah menduduki semula Raab, Komárom, Esztergom dan Buda
Pihak yang terlibat
Habsburg Austria
 Empayar Suci Rom
 Sepanyol
Bohemia Kerajaan Beraja Bohemia
Negeri-negeri Paus
 Kerajaan Beraja Croatia (Habsburg)
Kerajaan Beraja Hungary (Ferdinand)
Empayar Uthmaniyyah
 Moldavia
Kerajaan Beraja Hungary (John Szapolyai)
Komandan dan pemimpin
Ferdinand I Suleiman al-Qanuni
John Szapolyai
Moldavia Peter IV Rareș
Kekuatan
Tidak diketahui Lebih 120,000 tentera[1]
Kerugian dan korban
Ramai Tidak diketahui

Kempen Balkan 1529 telah dilancarkan oleh Suleiman al-Qanuni untuk menawan ibu kota Austria, Vienna dan oleh itu memberi serangan muktamad untuk menguatkan penguasaan beliau ke atas Hungary. Tindakan ini untuk memberi tindakan balas kepada serangan berani Ferdinand I ke atas Hungary Uthmaniyyah.

Kemaraan[sunting | sunting sumber]

Kemaraan Suleiman ke Vienna juga merupakan satu cubaan untuk membantu sekutu beliau, John Szapolyai yang menuntut takhta Hungary. Suleiman menghantar tentera yang berkuatan seramai 120,000 orang ke utara pada 10 Mei 1529. Kempen beliau membawa kejayaan pantas - pada bulan September 8 Buda menyerah diri kepada Uthmaniyah dan John Szapolyai dirajakan sebagai Raja Hungary. Suleiman kemudian berjaya menawan Gran, Tata, Komárom dan Raab[1] di mana kelebihan yang diperolehi oleh Ferdinand I sepanjang dua tahun sebelumnya terhapus. Pada 27 September, Suleiman tiba di Vienna.

"The Great Gun", sebuah gambaran pada tahun 1518 oleh Albrecht Dürer akan ancaman Turki Uthmaniyyah di tanah Jerman.

Kejadian selepas[sunting | sunting sumber]

Ketibaan pasukan tentera Sultan yang besar di Eropah Tengah menyebabkan kepanikan di seluruh Eropah - Martin Luther, yang percaya bahawa kehadiran Turki merupakan hukuman Tuhan ke atas dosa-dosa kaum Kristian[2] mengubah pandangan beliau dan menulis sebuah buku bertajuk Perang dengan Turki pada tahun 1529 mendesak bahawa "wabak dari Tuhan" mesti dtentang dengan penuh semangat. Bagaimanapun, apabila Sultan Suleiman mula mengepung Vienna ia membuktikan bahawa tindakan dan kesilapan memalukan pertama yang paling teruk yang beliau lakukan.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Madden, Thomas F. Crusades the Illustrated History. 1st ed. Ann Arbor: University of Michigan P, 2005
  • Turnbull, Stephen. The Ottoman Empire 1326 - 1699. New York: Osprey, 2003.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Turnbull, Stephen. The Ottoman Empire 1326 - 1699. New York: Osprey, 2003. pg 50
  2. ^ Madden, Thomas F. Crusades the Illustrated History. 1st ed. Ann Arbor: University of Michigan P, 2005 pg