Pengepungan Castelnuovo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengepungan Castelnuovo
Sebahagian daripada Perang Habsburg–Uthmaniyyah

Pemandangan Castelnuovo dan Teluk Kotor oleh pengukir Belanda, Pieter Mortier
Tarikh18 Julai – 6 Ogos 1539
Lokasi
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah[1][2][3][4][5]
Pihak yang terlibat
Sepanyol Empayar Sepanyol Empayar Uthmaniyah Empayar Uthmaniyyah
Komandan dan pemimpin
Francisco de Sarmiento  Hayreddin Barbarossa
Kekuatan
3,500–4,000 tentera 50,000 tentera
200 buah kapal
Kerugian dan korban
Semua terkorban dan dihukum bunuh
kecuali 100 orang
20,000 terkorban

Pengepungan Castelnuovo merupakan pertempuran yang terjadi semasa pergelutan antara Empayar Uthmaniyyah dan Habsburg untuk menguasai Mediterranean pada Julai 1539 di kota berkubu Castelnuovo yang kini terletak di Herceg Novi, Montenegro. Kota berkubu tersebut telah dikepung dari darat dan laut oleh tentera Uthmaniyah yang dipimpin oleh Hayreddin Barbarossa. Beliau telah menawarkan tawaran menyerahkan kota tersebut tanpa pertumpahan darah kepada tentera pertahanan kota. Namun, tawaran tersebut telah ditolak oleh komander Sepanyol, Francisco de Sarmiento walaupun beliau sedar armada Kristian yang tumpas dalam Pertempuran Preveza sebelum ini tidak akan muncul memberikan bantuan kepadanya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hayreddin Barbarossa menewaskan armada Liga Suci yang dipimpin oleh Andrea Doria dalam Pertempuran Preveza.

Armada campuran Kristian telah menguasai sebuah kota di kawasan pesisiran, Castelnuovo yang kini terletak di kawasan pesisiran pantai Montenegro. Castelnuovo bukan sahaja merupakan tempat pos kawalan tentera di pantai. Semasa berada di kemuncaknya, Liga Suci berhasrat menjadikan Castelnuovo sebagai titik permulaan untuk melancarkan serangan menembusi wilayah-wilayah Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, selepas Pertempuran Preveza berakhir, momentum mereka mula beralih. Liga Suci telah dibubarkan dengan serta merta manakala Venezia menyerah kepada Uthmaniyah untuk mencapai perdamaian kedua-dua pihak. Dengan itu tanpa adanya kapal-kapal Venezia, rancangan serangan pasukan Kristian berikutnya tidak dapat disempurnakan.

Sewaktu musim sejuk sesudah kejayaan di Preveza, Sultan Sulaiman al-Qanuni memerintahkan Hayreddin Barbarossa menyiapkan armadanya dan bersiap sedia untuk serangan seterusnya pada musim bunga tahun 1539. Rancangan mereka mudah iaitu melancarkan serangan berbeza ke atas kubu Castelnuovo. Laksamana Barbarossa akan menyekat jalan laut menuju ke Castelnuovo manakala gabenor Uthmaniyah di Bosnia yang bernama Ulamen akan menyerang dari jalan darat sekali gus menghimpit sasaran mereka dari dua arah.

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Barbarossa tiba bersama dengan 10,000 orang infantri dan membawa 200 buah kapal. Kapal yang mendahului armada lain membawa 4,000 tentera elit janissari. Sementara itu, tentera Uthmaniyyah di darat berjumlah 30,000 orang. Tentera gabungan Uthmaniyah dari darat dan air telah menghasilkan jumlah 50,000 orang dan kekuatan ini semestinya melonjakkan semangat kemenangan Uthmaniyah pada hari itu. Sementara itu, pasukan pertahanan Habsburg di dalam kubu Castelnuovo agak kecil. Pasukan pertahanan merupakan unit tercio yang dipimpin oleh Francisco de Sarmiento dan terdiri daripada tentera yang menggunakan tombak dan arquebus sebagai senjata. Unit itu sendiri memiliki 3,500 tentera serta ditambah oleh kavalri ringan dan tentera Yunani. Apa-apapun, mereka tetap berazam untuk memberikan tentangan sengit.

Beberapa bulan menjelang kedatangan Uthmaniyah, Sarmiento mengukuhkan kedudukannya, membaiki kubu pertahanan dan membina benteng baru. Beliau juga mengirim surat ke seluruh wilayah Habsburg untuk memohon bantuan tetapi tiada maklum balas. Andrea Doria yang meninggalkan medan Pertempuran Preveza sebelum ini menolak untuk memberikan bantuan kerana beliau tidak ingin membahayakan armada kecilnya menentang Barbarossa. Permohonan bantuan telah sampai ke Sepanyol tetapi ia agak lewat.

Pada 12 Jun, 30 buah kapal gali Uthmaniyah telah tiba di Teluk Kotor. Atas arahan Barbarossa, mereka telah dikehendaki untuk menyekat jalan laut. Mereka seterusnya mendarat yang membawa 1,000 tentera untuk mara ke Hinterlands yang terletak di luar kubu Castelnuovo untuk mencari bekalan makanan dan air serta menangkap penduduk tempatan bagi memperoleh maklumat sekeliling. Pendaratan Uthmaniyah telah disedari oleh Sepanyol membuatkan Sarmiento menghantar satu pasukan seramai 900 infantri untuk bertembung dengan musuh. Pertempuran sengit telah tercetus dan tentera Sepanyol yang berpengalaman menggunakan senapang dan tombak telah memaksa tentera Uthmaniyah berundur ke kapal mereka. Seterusnya pada waktu tengah hari, tentera Uthmaniyah sekali lagi cuba mendarat dan mara ke daratan tetapi mereka kemudiannya telah ditewaskan oleh 600 tentera musuh yang dipimpin sendiri oleh Sarmiento. Buat pertempuran ini, kerugian besar sama sekali ditanggung oleh Uthmaniyah.

Pemandangan Castelnuovo pada abad ke-16.

Barbarossa tiba pada 18 Jun bersama dengan ketumbukan armada Uthmaniyah. Beliau dengan segeranya mengarahkan tentera-tenteranya mendarat dan membangunkan tumpuan pantai. Gabenor Uthmaniyah juga tiba membawa pasukannya dari darat beberapa hari kemudian. Kemudian, mereka semua bersama-sama menggali parit di sekeliling kubu dan memasang benteng untuk menempatkan 44 buah meriam besar yang telah mendarat dari kapal. Tugas ini mengambil masa yang lama dan memerlukan kerahan tenaga yang besar. Perkara ini telah dimanfaatkan segera oleh Sarmiento. Tentera Sepanyol melangkah keluar daripada kubu mereka dan melancarkan beberapa serangan hendap untuk mengganggu kerja-kerja pembinaan Uthmaniyah. Serangan mengejut ini menjejaskan keberkesanan dan perkembangan rancangan Uthmaniyah. Tentera Sepanyol juga mengumpan tentera janissari melakukan serangan balas dengan menyerang kubu pertahanan kota. Namun, tentera janissari ini terjerat dalam perangkap musuh setelah diserbu oleh 800 tentera Sepanyol yang bersiap sedia. Barbarossa lantas sangat marah ekoran janissari merupakan tentera elit terbaik dimilikinya dan sukar untuk dicari ganti. Beliau mengarahkan tenteranya untuk terus kekal di posisi sekeliling parit yang digali sebelum serangan penuh sedia dilancarkan. Tentera pertahanan kota pula tidak mempunyai perajurit yang cukup untuk menekan tentera Uthmaniyah berundur dari kawasan pesisiran lalu mereka perlu berundur ke dalam kubu dan bersiap sedia menghadapi pengepungan akan datang.

Benteng Uthmaniyah telah siap pada 23 Julai dan Barbarossa bersedia membawa pasukannya yang memiliki kekuatan penuh menyerang Castelnuovo. Beliau telah memberi ranting zaitun kepada Sarmiento bagi menawarkan kepadanya jaminan keselamatan untuk pulang ke Itali sekiranya dia menyerah. Bahkan, Barbarossa turut merasuah setiap tentera Sarmiento dengan 20 dukat emas jika mereka meletakkan senjata. Pasukan pertahanan menolak tawaran tersebut dan lebih rela untuk berkorban atas curahan bakti kepada Charles V. Dengan itu, serbuan ke atas Castelnuovo bermula. Selama sepanjang hari, meriam besar Uthmaniyah membedil pantas kubu pertahanan manakala infantri pula menggempur kubu tersebut. Tentera Uthmaniyah mengalami kerugian besar gara-gara meriam mereka secara tidak sengaja tersasar lalu menyasarkan dan menggempur tentera Uthmaniyah di situ. Sementara itu, tentera Sepanyol juga memberikan tentangan yang hebat dan mengenakan tekanan ke atas pengepung Uthmaniyah. Setiap kali malam menjelma, tentera Uthmaniyah akan berundur dari kubu sekali gus memberikan kesempatan kepada tentera pertahanan untuk memulihkan benteng pertahanan yang berantakan. Sementara itu, seorang uskup yang bernama Jeremias memberikan galakan dan menaikkan semangat kepada mereka yang berjuang mempertahankan kubu.

Selepas gelombang serangan yang pertama, sekumpulan kontinjen Sepanyol seramai 600 orang telah bertindak keluar daripada kubu di kala waktu senja dan mereka melancarkan serangan mengejut ke atas kem Uthmaniyah yang langsung tidak dijangka oleh Uthmaniyah. Bahkan sisa tentera janissari telah dikirimkan untuk meredakan serangan tersebut tetapi mereka telah merobek kem sendiri dalam usaha melarikan diri. Tentera Sepanyol ini telah datang menghampiri Barbarossa yang terpaksa menuju ke kapal gali bagi berlepas meninggalkan pantai ke kawasan yang lebih selamat. Namun oleh sebab kekurangan tentera, tentera Sepanyol ini akhirnya berundur ke dalam kubu Castelnuovo sebelum ketumbukan tentera Uthmaniyah bersatu dan membanjiri kubu tersebut. Sehingga titik ini, pasukan pertahanan Sepanyol bertahan di atas benteng yang menghadap tepat ke arah kota. Akan tetapi pada 4 Ogos, meriam Uthmaniyah telah membedil kesemua benteng itu sehingga runtuh. Pada masa yang sama, tentera Uthmaniyah melancarkan serangan penuh dari kedudukan yang amat rentan. Pasukan pertahanan berlawan dengan penuh berani dan mereka berjaya mengenakan banyak korban ke atas penceroboh tetapi akhirnya mereka dipaksa berundur benteng yang lebih utuh di sekeliling kota. Peluang ini diambil oleh Barbarossa untuk menduduki benteng yang telah runtuh dan ranap.

Pertarungan sengit terus berlanjutan dari hari ke hari. Pasukan pertahanan yang berani walaupun berantakan tetap mengorbankan ramai tentera musuh apabila setiap tanah mereka direbut musuh. Mereka juga mempertahankan kota dengan penuh berani menyebabkan tentera Uthmaniyah hanya mampu menguasai bahagian kecil pada benteng yang berpusat di sekitar menara pengawal. Sarmiento telah menghantar sekumpulan tentera kejuruteraannya untuk memusnahkan menara ini tetapi sumbu peledak telah menyala sebelum waktunya sekali gus meledakkan semua tentera tersebut sebelum mereka tiba di menara itu.

Pada 6 Ogos, artileri Uthmaniyah berjaya meruntuhkan benteng yang melindungi kota lalu memaksa Sarmiento membuka lebih banyak langkah lagi untuk berundur ke dalam istana berkubu yang terletak di selatan kota. Kebanyakan ramai penduduk Castelnuovo turut sama bertahan dan menghalang pintu masuk kota. Mereka tetap bertahan walaupun kesuntukan masa untuk berundur ke dalam istana. Sementara itu, tentera Uthmaniyah melanggar batas dengan begitu pantas ke dalam kota. Salah satu penduduk kota telah menawarkan kepada Sarmiento seutas tali bagi membolehkannya memanjat dinding melarikan diri tetapi beliau sendiri menolak. Beliau lebih rela untuk mati bersama dengan tenteranya yang tersisa sebagai pertahanan terakhir. Hanya 600 tentera Sepanyol yang masih ada tetap berjuang menentang Uthmaniyah sehinggalah mereka terbunuh dan ditangkap. Pada penghujung hari, hanya 200 orang pertahanan yang masih ada. Sebahagian daripada mereka telah dibunuh manakala baki yang lain telah dibawa ke Constantinople untuk dijual sebagai hamba.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Di pihak Uthmaniyyah, lebih daripada 10,000 orang telah terkorban walaupun terdapat sesetengah sumber mendakwa angka korban tersebut mencecah 37,000. Kejayaan Uthmaniyah ini telah mendatangkan keuntungan yang besar dan Sepanyol telah berjuang dengan penuh berani di bawah nama Maharaja Habsburg. Apa-apapun, Castelnuovo jatuh ke tangan Uthmaniyah dan pengaruh Habsburg di timur Mediterranean telah lenyap.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "...Admiral Khair-ed-Din Barbarossa led a costly siege which eventually recovered the port". Jaques, Tony: Dictionary of Battles and Sieges. Vol. I: A-E. Westport: Greenwood Press, 2007. ISBN 9780313335372, p. 210.
  2. ^ Pardo Molero states that Barbasossa endured an "extremely hard siege campaign" and later the admiral assured to the imperial agent Pedro Sánchez that "...what happened in Castelnuovo was the greatest feat among all he had seen or heard about". Pardo Molero, Juan Francisco: La defensa del Imperio: Carlos V, Valencia y el Mediterráneo. Madrid: Sociedad Estatal para la Conmemoración de los Centenarios de Felipe II y Carlos V, 2001. ISBN 9788495146687, p. 328.
  3. ^ "At no time can one say without exaggeration that a stronghold had been defended with more heroism". Preveden, Francis Ralph: A history of the Croatian people from their arrival on the shores of the Adriatic to the present day. New York: Philosophical Library, 1962. OCLC 949507306, p. 193.
  4. ^ "When the Turks entered Castelnuovo over the rubble and the Spanish corpses, Barbarossa had to admit that their losses amounted to more than nineteen thousand". Santiago, Vicente: Carlos I de España. Barcelona: Mateu, 1959. OCLC 19218641, p. 158.
  5. ^ Fernández Álvarez, p. 583

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Arsenal, León; Prado, Fernando (2008). Rincones de historia española (dalam bahasa Sepanyol). EDAF. ISBN 978-84-414-2050-2.
  • Croce, Benedetto (2007). España en la vida italiana del Renacimiento (dalam bahasa Sepanyol). Editorial Renacimiento. ISBN 978-84-8472-268-7.
  • Fernández Álvarez, Manuel (2001). El Imperio de Carlos V (dalam bahasa Sepanyol). Taravilla: Real Academia de la Historia. ISBN 978-84-89512-90-0.
  • Fernández Álvarez, Manuel (1999). Carlos V, el César y el hombre (dalam bahasa Sepanyol). Espasa-Calpe. ISBN 84-239-9752-9.
  • Fernández Duro, Cesáreo (1895). Armada Española desde la unión de los reinos de Castilla y Aragón (dalam bahasa Sepanyol). I. Madrid, Spain: Est. tipográfico "Sucesores de Rivadeneyra".
  • Jacob Levin, Michael (2005). Agents of empire: Spanish ambassadors in sixteenth-century Italy. New York: Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-4352-7.
  • Jaques, Tony (2007). Dictionary of Battles and Sieges: A Guide to 8,500 Battles from Antiquity Through the Twenty-first Century. 2. Greenwood Publishing Group. ISBN 978-0-313-33538-9.
  • Martínez Laínez, Fernando; Sánchez de Toca Catalá; José María (2006). Tercios de España: la infantería legendaria (dalam bahasa Sepanyol). Madrid: EDAF. ISBN 978-84-414-1847-9.
  • Martínez Ruiz, Enrique; Giménez, Enrique (1994). Introducción a la historia moderna (dalam bahasa Sepanyol). Ediciones Akal. ISBN 978-84-7090-293-2.
  • De Sandoval, Prudencio (1634). Historia de la vida y hechos del emperador Carlos V (dalam bahasa Sepanyol). Bartolomé París (Pamplona), Pedro Escuer (Zaragoza).