Keli kayu
| Keli kayu | |
|---|---|
| C. batrachus bertampung; rupa umum dalam akuakultur | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Siluriformes |
| Keluarga: | Clariidae |
| Genus: | Clarias |
| Spesies: | C. batrachus
|
| Nama binomial | |
| Clarias batrachus (Linnaeus, 1758)
| |
| Sinonim | |
Keli kayu (Clarias batrachus) ialah spesies keli air tawar yang berasal dari Asia Tenggara.[2] Ia dinamakan sebagai walking catfish dalam bahasa Inggeris kerana kebolehannya "berjalan" dan menggeliut menempuh daratan kering untuk mencari makanan mahupun persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak benar-benar berjalan seperti makhluk berkaki empat atau berkaki dua yang lain, ia mampu menggunakan sirip pektoralnya untuk kekal tegak ketika membuat gerakan menggeliut seperti gerakan ular ketika merentasi daratan.[3] Ikan ini biasa hidup di air yang tenang dan kerap bertakung, di kolam, paya, alur dan sungai, termasuk sawah padi atau kolam sementara yang mungkin akan kering. Dengan itu, kemahiran berjalan membolehkan ikan ini berpindah ke persekitaran akuatik yang lain.
Ciri-ciri dan bentuk badan
[sunting | sunting sumber]Keli kayu mempunyai bentuk tubuh memanjang dan hampir mencapai 0.5 m (1.6 ka) panjang dan 1.2 kg (2.6 lb) berat.[4] Sering kali dilitupi tompok putih kecil melintang, tubuhnya banyak berwarna kelabu atau kelabu perang.[5] Keli ini mempunyai sirip dubur dan dorsal,[5] termasuk beberapa pasang janggut deria. Kulitnya tidak bersisik tetapi diselitupi dengan lendir, yang melindungi ikan ini ketika berada di luar air.
Satu perbezaan yang jelas antara keli ini dan keli tempatan Amerika Utara, Ictalurid, ialah ketiadaan sirip adipos pada keli ini.[5] Keli kayu perlu dipegang dengan berhati-hati ketika memancing kerana ia memiliki sengat benam, atau mekanisme pertahanan seperti duri yang terlindung di belakang sirip (termasuk di bahagian tengah sebelum ekor).
Lokasi dan habitat
[sunting | sunting sumber]Keli kayu merupakan ikan yang berasal dari Asia Tenggara Maritim termasuk Malaysia, Thailand, timur India, Sri Lanka, Bangladesh, Burma, Indonesia, Singapura dan Borneo. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini menjadi kebiasaan di serata tempat di negara tersebut. Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan ke seluruh negara dan kebanyakan pengguna membeli ikan ini hidup-hidup. Keli kayu ialah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 - 82°F).

Keli kayu membiak di air bertakung, biasanya rendah oksigen,[5] dan sering didapati di kolam berlumpur, terusan dan habitat seumpamanya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masa di atas, atau berhampiran permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala untuk mengambil oksigen.[5]
Pemakanan dan tabiat makan
[sunting | sunting sumber]Secara liar, makhluk ini adalah maserba; ia makan ikan yang lebih kecil, moluska dan binatang bertulang belakang lain termasuk detritus dan rumpai akuatik. Ia merupakan pemakan lahap yang makan dengan cepat, jadi ia dianggap memudaratkan ketika menjadi ceroboh.
Sebagai spesies ceroboh
[sunting | sunting sumber]Di Amerika Syarikat, ia telah bertapak di Florida.[6] Ia dilaporkan di California, Connecticut, Georgia, Massachusetts dan Nevada. Keli kayu yang diimport ke Florida, dilaporkan dari Thailand, pada awal 1960-an untuk dagangan akuarium.[5] Perkenalan pertama kemungkinannya berlaku pada pertengahan 1960-an apabila ikan dewasa yang diimport sebagai stok pembiak terlepas, sama ada dari ladang ikan di timur laut Broward County atau dari lori yang mengangkut ikan pembiak di antara Dade dan Broward County. Perkenalan tambahan di Florida, yang kononnya dilepaskan secara sengaja, dipercayai dilakukan oleh penternak ikan di kawasan Teluk Tampa, Hillsborough County pada akhir 1967 atau awal 1968, selepas negeri tersebut mengharamkan pengimportan atau pemilikan keli kayu.
Pelepasan dari akuarium dipercayai bertanggungjawab terhadap perkenalannya ke negeri lain. Dill dan Cordone (1997) melaporkan spesies ini dijual oleh penjual ikan tropika di California buat sekian lama. Ia juga kadangkala ditemui di Midwest.
Di Florida, keli kayu diketahui menceroboh ladang ternak ikan, memasuki kolam dan memakan anak ikan. Sebagai tindak balas, peladang terpaksa memasang pagar bagi melindungi kolam. Pihak berkuasa turut menetapkan undang-undang mengharamkan pemilikan keli kayu.
Sebagai makanan
[sunting | sunting sumber]Di Thailand ikan ini dikenali sebagai pla duk dan (Bahasa Thai: ปลาดุกด้าน). Ia merupakan barang makanan murah yang tersedia dalam pelbagai cara, sering kali ditawarkan oleh penjaja jalanan, terutamanya dipanggang atau digoreng.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ng, H.H.; Low, B.W. (2019). "Clarias batrachus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166613A1138872. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T166613A1138872.en. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ Jenis Keli
- ^ "Catfish 'walk' down street". Metro.co.uk. 2008-07-18. Dicapai pada 2008-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafishbase - ^ a b c d e f Robins, Robert H. "Florida Museum of Natural History Ichthyology Department: Walking Catfish". Florida Museum of Natural History Ichthyology Department. Dicapai pada 2008-07-24. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ^ Krueger, Radha, Facts: Walking Catfish in Florida, Florida Museum of Natural History, October 26, 2017
- ^ Pla duk Diarkibkan 2009-02-01 di Wayback Machine (Thai)