Alan Brooke, Viscount Alanbrooke Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jeneral Sir Alan Brooke sebagai CIGS, 1942

Fil Marsyal Alan Francis Brooke, Viscount Alanbrooke Pertama, KG, GCB, OM, GCVO, DSO & Bar (23 Julai 1883 – 17 Jun 1963), ialah seorang komander kanan dalam Tentera Darat British. Beliau Ketua Staf Am Imperial (Inggeris: Chief of the Imperial General Staff, CIGS) (sekarang Ketua Staf Pertahanan) semasa Perang Dunia Kedua, dan dinaikkan ke pangkat Fil Marsyal dalam tahun 1944. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Staf, Brooke menjadi penasihat tentera utama kepada Winston Churchill, Perdana Menteri United Kingdom, dan dalam peranan beliau sebagai kordinator usaha perang tentera British, beliau memainkan peranan yang amat penting mahupun kurang dikenali dalam kemenangan Pihak Berikat dalam tahun 1945. Selepas persaraan daripada tentera beliau berkhidmat sebagai Lord High Constable England sewaktu Pertabalan Ratu Elizabeth II dalam tahun 1953.

Diari-diari perang Alanbrooke menarik perhatian orang ramai kerana kritikan terhadap Churchill dan pandangan ikhlasnya terhadap tokoh-tokoh utama perang lain yang terkandung dalam diari-diari tersebut.