Arthur Wellesley, Duke Wellington Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Duke Wellington oleh Francisco Goya.

Fil Marsyal Arthur Wellesley, Duke Wellington Pertama, KG, GCB, GCH, PC, FRS (1 Mei 1769 – 14 September 1852), ialah seorang askar dan negarawan British, kelahiran Ireland daripada sebuah keluarga Inggeris-Ireland,[1] dan seorang daripada tokoh tentera dan politik terkemuka dalam abad ke-19. Beliau sering dirujuk sebagai "Duke Wellington", mahupun selepas kematiannya, walaupun terdapat penyandang-penyandang gelaran Duke Wellington selepas beliau.

Wellesley menonjol sebagai seorang jeneral semasa kempen Semenanjung, sebahagian daripada kempen Peperangan Napoleon, dan dinaikkan ke pangkat Fil Marsyal selepas mengetuai angkatan bersekutu dalam mengalahkan pihak Perancis dalam Pertempuran Vitoria dalam tahun 1813. Berikutan pembuangan negeri Napoleon dalam tahun 1814, beliau berkhidmat sebagai duta ke Perancis dan dianugerahkan dengan sebuah duci[2] yang membawa kepada gelaran "Duke". Dalam waktu Seratus Hari (atau Seratus Hari Napoleon) dalam tahun 1815, beliau mengetuai tentera bersekutu yang bersama-sama Tentera Darat Prusia di bawah Fil Marsyal Blücher, menewaskan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo. Rekod pertempuran Wellesley amat terpuji dan beliau pada akhirnya terlibat dalam 60 pertempuran sepanjang kerjaya tenteranya.[3]

Ibu kota negara New Zealand iaitu Wellington dinamakan sempena beliau.[4]

Baton-baton Fil Marsyal Duke Wellington[sunting | sunting sumber]

Baton-baton Duke Wellington; daripada suatu turisan dalam The Illustrated London News (11 Disember 1852): 532, dicetak selepas kematiannya. 1. Portugis; 2. Prusia; 3. England; 4. Belanda; 5. Sepanyol; 6. Hanover (melintang ditengah turisan); 7. Austria; 8. Rusia.

Duke Wellington memiliki banyak gelaran dan anugerah termasuk pangkat Fil Marsyal atau setaraf dengannya dalam lapan angkatan tentera negara. Setiap negara menyediakan beliau dengan satu baton sebagai simbol pangkatnya. Baton-baton yang ada telah dipamerkan di Apsley House London iaitu kediaman lama Duke Wellington.[5]

Pangkat tentera[sunting | sunting sumber]

Pada hari pengkebumian Wellington pangkat-pangkat tenteranya telah dinyatakan sebagai:[6]

  • Fil Marsyal dan Panglima Besar Angkatan Baginda Ratu (Tentera Darat British)
  • Fil Marsyal Tentera Darat Austria
  • Fil Marsyal Tentera Darat Hanover
  • Fil Marsyal Tentera Darat Belanda
  • Marsyal Jeneral Tentera Darat Portugis
  • Fil Marsyal Tentera Darat Prusia
  • Fil Marsyal Tentera Darat Rusia
  • Kapten Jeneral Tentera Darat Sepanyol

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Severn (2007). p. 13.
  2. ^ Wilayah atau orang-orang yang diletakkan di bawah penguasaan Duke. Takrif Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. ^ Roberts, Andrew (Updated 17 February 2011). "The Duke of Wellington: Soldiering to Glory". BBC. Dicapai pada 27 November 2009. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Wakefield, Edward Jerningham (1845). Adventure in New Zealand. 1. John Murray.
  5. ^ Jervis & Tomlin 1997, m/s. 26.
  6. ^ LG staff 1852, m/s. 3563.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Beatson, Alexander (1800). A collection of the Duke's letters. A View of the Origin and Conduct of the War with Tippoo Sultaun. Bulmer and Co.
  • Brett-James, Antony. ed. (1961). Wellington at War 1794–1815. New York: St. Martin's Press.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Coates, Berwick (2003). Wellington's Charge: A Portrait of the Duke's England. London: Robson Books. ISBN 978-1-86105-653-5.
  • Brialmont, Henri Alexis (1856–1857). Life of the Duke of Wellington, 3 volumes. Guyot et Stapleaux.
  • Davies, Huw (2012). Wellington's War: The Making of a Military Genius. Yale University Press. ISBN 978-0-300-16417-6.
  • Drew, Joseph (1852). A Biographical Sketch of the Military and Political Career of the late Duke of Wellington: including the most interesting particulars of his death, Lying in State and Public Funeral, illus. with engravings. Weymouth.
  • Ellis, Peter Berresford (2000 [First published 1985]). The Celtic Revolution: A Study in Anti-Imperialism. Talybont, Wales: Y LotraCyf. ISBN 978-0-86243-096-2. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Harrington, Jack (2011). Sir John Malcolm and the Creation of British India. New York: Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-230-10885-1.
  • Hilbert, Charles (2005). Arthur Wellesley, Duke of Wellington, time and conflicts in India on behalf of the British East India Company and the British crown. 7. Military Heritage.
  • Hutchinson, Lester (1964). European Freebooters in Mogul India. New York: Asia Publishing House.
  • Ibbotson, Eva (2000). Which Witch?. Puffin. ISBN 978-0-14-130427-4.
  • Mill, James (1997 [First published 1818]). The History of British India. Routledge. ISBN 978-0-415-15382-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]