Khairul Azhari Saut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khairul Azhari Saut
خير الأزهري سعود
Khairul Azhari pada 2024
Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor
Dalam jawatan
2018–2020
Butiran peribadi
LahirKhairul Azhari bin Saut
(1970-01-15) 15 Januari 1970 (umur 54)
Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(sejak 2016)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
(2016–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
PekerjaanAhli perniagaan, ahli politik

Khairul Azhari bin Saut (Jawi: خير الأزهري بن سعود; lahir 15 Januari 1970) ialah seorang ahli politik dan perniagaan di Malaysia yang menjadi calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kuala Kubu Baharu dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada Mei 2024. Beliau ialah anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah sebuah komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Beliau pernah menjadi ahli Majlis Daerah Hulu Selangor pada 2018 hingga 2020.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Khairul Azhari bin Saut ialah anak kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia.[1] Beliau mendapat pendidikan awal di SK Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu dan SMK Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu, sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bagi Diploma Eksekutif Pengurusan pada 2019 dan Universiti Malaysia Pahang bagi Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan pada 2021.[2]

Kerjaya awal dan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Khairul Azhari ialah seorang ahli perniagaan. Beliau ialah pengurus besar Global Valley Venture Sdn Bhd, dan pernah bekerja sebagai pengurus besar di Petrogas Resources; ketua jabatan minyak dan gas di Damini Corporation; dan eksekutif kewangan di Bursa Malaysia.[3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Khairul Azhari menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sejak 2016 dan menjadi antara pengasas parti di bahagian Hulu Selangor.[3] Beliau dilantik sebagai Naib Ketua Bahagian Hulu Selangor pada 2016 hingga 2019. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Hulu Selangor pada 2019 hingga 2023, sebelum dilantik memangku jawatan Ketua Bahagian Hulu Selangor pada 2023.[4] Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor pada 2018 hingga 2020. Beliau telah dinamakan sebagai calon pilihan raya mewakili Perikatan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu yang berlangsung pada Mei 2024.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Khairul Azhari telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2024 N06 Kuala Kubu Baharu Khairul Azhari Saut (BERSATU) ADK ADK Pang Sock Tao (DAP) ADK ADK ADK ADK ADK
Nyau Ke Xin (Bebas) ADK ADK ADK
Hafizah Zainuddin (PRM) ADK ADK ADK

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harapandaily (2024-04-25). "PRK Kuala Kubu Bharu: Anak Felda calon PN". Harapan Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-25.
  2. ^ shaheedul.attamim (2024-04-25). "Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor calon PN PRK KKB". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-25.
  3. ^ a b Jamil, Fazleen Safina Abd (2024-04-25). "PN umum ahli perniagaan calon PRK Kuala Kubu Baharu - Media Variasi" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-25.
  4. ^ a b "PN pertaruh anak tempatan, Khairul Azhari Saut calon di PRK Kuala Kubu Bharu". Majoriti.com.my. 2024-04-25. Dicapai pada 2024-04-25.
  5. ^ "PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-25.