Linkin Park: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: sr:Линкин парк
FoxBot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot menambah: ga:Linkin Park
Baris 180: Baris 180:
[[fa:لینکین پارک]]
[[fa:لینکین پارک]]
[[fr:Linkin Park]]
[[fr:Linkin Park]]
[[ga:Linkin Park]]
[[gl:Linkin Park]]
[[gl:Linkin Park]]
[[ko:린킨 파크]]
[[ko:린킨 파크]]

Semakan pada 17:32, 4 Februari 2012

Fail:Lp logo.png
Latar belakang
Berasal dariAmerika Syarikat Aguora Hills, California, AS
GenreNu metal
Rapcore
Rock alternatif
Tahun aktif1996–sekarang
Syarikat rakaman
Warner Bros. Records
Machine Shop Recordings
Pengkarya berkait
Fort Minor
Snow White Tan
Grey Daze
Relative Degree
Laman sesawang
http://www.linkinpark.com
AhliChester Bennington
Mike Shinoda
Mr. Hahn
Brad Delson
Rob Bourdon
Dave "Phoenix" Farrell
Bekas ahliScott Koziol (Stand-in)
Kyle Christener (Stand-in)
Mark Wakefield

Linkin Park adalah sebuah kumpulan rock/nu metal yang berasal dari Agoura Hills, California, Amerika Syarikat yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak 2 kali. Linkin Park adalah kumpulan muzik nu metal yang paling berjaya di dalam sejarah.

Ahli kumpulan Linkin Park adalah Chester Bennington, Mike Shinoda, Brad Delson, Dave Farrell, Rob Bourdon, dan Joe Hahn. Linkin Park pernah memakai nama "Xero" dan "Hybrid Theory", yang menjadi tajuk album debutnya, sebelum mengganti nama menjadi "Linkin Park".

Ahli kumpulan

  1. Chester Bennington - vokal utama, gitar
  2. Mike Shinoda - penyanyi rap, vokal kedua, piano, keyboard, gitar, sampel
  3. Brad Delson - gitar utama
  4. Dave "Phoenix" Farrell - bass
  5. Rob Bourdon - dram
  6. Joe Hahn - turntable, sampel

Bekas ahli

  1. Mark Wakefield - vokal utama
  2. Scott Koziol - bass (stand-in)
  3. Kyle Christener - bass (stand-in)

Sejarah kumpulan

Sejarah awal

Linkin Park ditubuhkan dengan nama asal Xero oleh Mike Shinoda (penyanyi rap), Brad Delson (pemain gitar) dan Rob Bourdon (pemain dram) pada tahun 1995 sebaik sahaja tamat persekolahan mereka di Sekolah Tinggi Agoura Hills. Mereka bermain muzik bersama-sama semasa mereka meneruskan pengajian tinggi. Mike menuntut di Art Center College of Design dan bertemu dengan Joseph Hahn (DJ). Sementara itu pula, Brad menuntut di University of California, Los Angeles dan bertemu dengan Phoenix (bass) yang pernah menganggotai kumpulan The Snax. Kedua-duanya kemudian menganggotai kumpulan Xero. Turut menganggotai mereka ialah Mark Wakefield (vokalis asal, kemudian digantikan oleh Chester), tetapi dia keluar dari kumpulan untuk menjadi pengurus kepada kumpulan Taproot.

Setelah Wakefield meninggalkan kumpulan, Shinoda mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari pengganti Wakefield. Melalui Jeff Blue, wakil A&R bagi syarikat Warner Bros. Records, Shinoda dan Delson mendapat tahu mengenai seorang vokalis bernama Chester Bennington dari Phoenix, Arizona yang berminat menyertai mereka. Sebelum ini Bennington pernah menjadi vokalis bagi kumpulan Grey Daze. Shinoda dan Delson menghantar sebuah pita kaset yang mengandungi sebuah lagu kosong dan meminta Bennington merakamkan suaranya di dalam pita tersebut. Tanpa membuang masa, dia merakamkan suaranya di dalam pita tersebut dan memainkannya melalui telefon. Kumpulan Xero tertarik dengan kehebatan suara Bennington, dan akhirnya Bennington diterima sebagai vokalis utama kumpulan tersebut.

Sebaik sahaja penubuhan kumpulan tersebut berjaya disempurnakan dengan penyertaan Bennington, mereka mula berusaha untuk mendapatkan sebuah syarikat rakaman. Malangnya, nama Xero tidak boleh digunakan kerana telah digunakan oleh kumpulan lain, maka mereka menamakan semula kumpulan mereka sebagai Hybrid Theory. Dalam pada itu, Phoenix meninggalkan kumpulan dengan sementara untuk dipinjamkan kepada kumpulan lamanya iaitu The Snax. Tempatnya digantikan oleh Kyle Christner dan Scott Koziol yang turut muncul dalam video klip One Step Closer. Untuk mendapatkan syarikat rakaman, mereka menerbitkan album demo Hybrid Theory EP pada tahun 1999 sebanyak 1,000 salinan sahaja.

Menjadi artis Warner Brothers pada hujung 1999 selepas ditolak oleh tiga label yang dikatakan cukup sombong, album pertama mereka, Hybrid Theory diterbitkan pada musim luruh tahun 2000. Single seperti Crawling dan One Step Closer tanpa membuang masa terus menjadi lagu pujaan ramai dan kerap kali disiarkan di corong radio. Videonya juga menjadi pilihan penonton MTV.

Mereka menandatangani kontrak dengan Warner Bros. Music hasil rundingan Jeff Blue dengan orang atasannya. Sekali lagi kumpulan Hybrid Theory terpaksa menukar nama kumpulan untuk mengelakkan daripada disaman oleh sebuah kumpulan pemuzik British bernama Hybrid. Akhirnya mereka menggunakan nama Linkin Park dan terus kekal sehingga sekarang.

Nama Linkin Park sebenarnya berasal daripada cadangan Bennington semasa baru menyertai kumpulan tersebut. Pada masa itu, dia sering membawa rakan-rakannya berkereta ke sebuah taman bernama Lincoln Park di Santa Monica, California (kini dikenali sebagai Christine Reed Park). Pada pendapat Bennington, nama Lincoln Park akan membolehkan mereka dikenali di seluruh Amerika Syarikat sebagai kumpulan pemuzik tempatan memandangkan terdapat banyak tempat bernama Lincoln Park di serata Amerika Syarikat. Tambahan pula, nama tersebut tidak membawa sebarang maksud, membolehkan kumpulan tersebut dikenali dengan mudah hanya melalui irama lagu mereka sahaja. Namun demikian, semasa mereka hendak membina laman web mereka, alamat domain lincolnpark.com telah pun dibeli. Maka, mereka mengubah sedikit ejaan nama kumpulan mereka kepada Linkin Park untuk membolehkan mereka membeli domain linkinpark.com.

Sepanjang karier

Album studio sulung mereka iaitu Hybrid Theory terus meledakkan nama Linkin Park sebagai kumpulan nu metal paling berjaya, dengan lebih 20 juta naskhah album dijual di seluruh dunia. Album tersebut dilancarkan pada 24 Oktober 2000. Edisi istimewa album tersebut turut dikeluarkan pada awal tahun 2002 dengan lagu tambahan High Voltage, My December (pertama kali dipersembahkan pada 17 Disember 2001) dan versi konsert bagi lagu Papercut dan A Place for My Head. Lagu In The End meletakkan nama Linkin Park ke kemuncak dengan video klipnya yang kreatif dan inovatif hasil penggunaan teknik CGI. Kelab peminat rasmi Linkin Park, dikenali sebagai Linkin Park Underground telah ditubuhkan pada November 2001.

Pada tahun 2002, Shinoda dan Hahn bekerjasama dengan kumpulan The X-ecutioners untuk lagu It's Going Down. Pada pertengahan tahun tersebut, Linkin Park menghasilkan sebuah album remix bagi Hybrid Theory iaitu Reanimation. Selepas melancarkan album tersebut, mereka kembali ke studio bagi proses rakaman album studio kedua mereka.

Pada Januari 2002, Hybrid Theory menerima tiga pencalonan Anugerah Grammy, untuk Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik. Sebulan kemudian, Linkin Park membawa pulang anugerah Persembahan Hard Rock Terbaik bagi lagu Crawling.

Pada 25 Mac 2003, Linkin Park melancarkan album studio kedua mereka iaitu Meteora. Nama Meteora diambil dari sebuah rumah ibadat yang terletak di atas puncak berbatu-batan di Yunani. 11 juta naskhah album tersebut telah terjual di seluruh dunia. Salah satu lagu di dalam tersebut iaitu Breaking the Habit mencatat sejarah tersendiri kerana video klipnya menggunakan teknik anime. Di dalam konsert jelajah mereka ke serata dunia, Linkin Park buat pertama kalinya membuat konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 Oktober 2003. Konsert tersebut disifatkan sebagai konsert rock terbesar pernah diadakan di Malaysia pada ketika itu, dengan kehadiran penonton seramai lebih 35,000 orang. Atas permintaan MTV, Linkin Park menerbitkan sebuah album kolaborasi dengan Jay-Z bertajuk Collision Course pada penghujung 2004.

Tahun 2005 merupakan satu tahun yang senyap buat Linkin Park. Pada tahun tersebut, Linkin Park lebih menumpukan kepada siri konsert amal bagi membantu mangsa tsunami yang melanda Asia pada Disember 2004 dengan menubuhkan Music for Relief bersama-sama artis lain. Sementara mereka sedang mencari bahan untuk dimuatkan di dalam album studio ketiga mereka, Mike Shinoda membuat satu projek sampingan hip-hop bersama kumpulan Fort Minor melalui album The Rising Tied. Sementara itu juga, Bennington turut membuat projek sampingannya yang dikenali sebagai Snow White Tan. Butiran lanjut mengenainya tidak diketahui.

Album terbaru: Minutes to Midnight

Pada tahun 2006, mereka kembali semula ke studio bagi merakamkan album studio ketiga mereka. Proses rakaman album ketiga mereka ini mendapat kritikan daripada segelintir peminat kerana banyak kali tertangguh. Sungguhpun demikian, Linkin Park memberi jaminan kepada peminat mereka bahawa album baru yang dikeluarkan pada 15 Mei 2007 nanti amat berbaloi untuk dimiliki.

Sebanyak 100 lagu demo telah dicipta tetapi hanya 12 sahaja yang dimuatkan di dalam album mereka. Di dalam album ini juga, Linkin Park mencuba satu gaya baru muzik mereka, yang disifatkan oleh Mike Shinoda sebagai "satu pencapaian besar buat Linkin Park". Album studio ketiga mereka ini diterbitkan oleh Shinoda serta Rick Rubin, bekas ahli kumpulan Beastie Boys.

Single pertama dari album tersebut berjudul What I've Done, sudah mula disiarkan di corong radio pada 2 April 2007. Sempena dengan pelancaran single tersebut, Chester Bennington telah mengadakan satu kunjungan mengejut ke Kuala Lumpur pada 4 April 2007 untuk memberi penerangan serta mempromosikan album terbaru mereka di samping sebagai tanda terima kasih Linkin Park terhadap peminat mereka di Malaysia. [1]

Senarai lagu

Album

Kulit Judul Tahun
Kulit album Hybrid Theory. Hybrid Theory 2000
Kulit album Reanimation. Reanimation 2002
Kulit album Meteora. Meteora 2003
Kulit album Collision Course Collision Course (kerjasama bersama Jay-Z) 2004
Kulit album Minutes to Midnight. Minutes to Midnight 2007
Kulit album A Thousand Suns. A Thousand Suns 2010

DVD/VCD/pita video

  • Frat Party at the Pankake Festival (2002)
  • The Making of Meteora (edisi terhad; 2003)
  • Live in Texas (2003)
  • Breaking The Habit (berserta manga; 2004)
  • Collision Course (2004)
  • Live 8 (2005)

Lagu single

  • Dari album Hybrid Theory (2000)
    • "One Step Closer"
    • "Papercut"
    • "In the End"
    • "Crawling"
  • Dari album Reanimation (2001)
    • "Pts.Of.Athrty"
    • "Frgt/10"
    • "Enth E Nd / Frgt/10" (bukan singel resmi)
  • Dari album Meteora (2003)
    • "Somewhere I Belong"
    • "Faint"
    • "Numb"
    • "From the Inside"
    • "Lying from You" (tanpa kulit album)
    • "Breaking the Habit"
  • Dari album Collision Course (2004)
    • "Numb/Encore"
    • "Dirt off Your Shoulder/Lying from You"
  • Dari album Minutes to Midnight (2007)
    • "What I've Done"
    • "Bleed It Out"
    • "Shadow of the Day"
    • "Given Up"
    • "Leave Out All The Rest"
  • Dari album A Thousand Suns (2010)

Rujukan

  1. ^ Chester tidak mahu terikat Harian Metro, 5 April 2007.

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link GA Templat:Link GA Templat:Link GA Templat:Link GA Templat:Link GA