Mutiara Naga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Minz48 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Minz48 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32: Baris 32:
| last = 12 April 1989
| last = 12 April 1989
| episodes = 153
| episodes = 153
| episode_list = Senarai episod Mutiara Naga
| episode_list = Senarai episod Dragon Ball
}}
}}
{{Infobox animanga/Other
{{Infobox animanga/Other

Semakan pada 18:23, 28 April 2017

Mutiara Naga
Manga pertama Mutiara Naga yang diterbitkan oleh Jump Comics
GenrePengembaraan, Aksi, Komedi
Manga
PengarangAkira Toriyama
IlustrasiAkira Toriyama
PenerbitJepun Shueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Majalah LainAustralia New Zealand Filipina Singapura Chuang Yi
Brazil Conrad Editora
Denmark Carlsen Comics
Finland Sangatsu Manga
Perancis Glénat
Jerman Carlsen Comics
Hong Kong CitiComics, Culturecom
Hungary Semic Interprint
Indonesia Elex Media Komputindo
Itali Star Comics
Malaysia Comics House Production
Mexico Grupo Editorial Vid
Belanda Glénat (Studio de Raaf)
Poland Japonica Polonica Fantastica
Sepanyol Planeta deAgostini
Sweden Bonnier Carlsen
Taiwan Tong Li Comics
Thailand NED comics
United Kingdom Gollancz Manga
Kanada Amerika Syarikat VIZ Media
Korea Selatan Seoul Munhwasa
Tarikh Pengeluaran3 Disember 19845 Jun 1995
Jilid42 (Senarai jilid)
Siri televisyen anime
PengarahMinoru Okazaki
Daisuke Nishio
PenerbitTokizō Tsuchiya
Kenji Shimizu
Junichi Ishikawa
Skrip/PenulisTakao Koyama
Lagu/MuzikShunsuke Kikuchi
StudioToei Animation
Dilesenkan olehAustralia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Funimation
United Kingdom Manga Entertainment
Penyiaran AsalFuji TV
Penyiaran LainAmerika Syarikat Cartoon Network
Filipina GMA Network , RPN 9, IBC 13
Perancis TF1
Jerman RTL II
Itali Italia 1
Australia Cartoon Network, Network Ten
Mexico Canal 5
United Kingdom Cartoon Network/CNX/Toonami
Portugal SIC
Malaysia TV 2/TV 9/Astro Ceria
Emiriah Arab Bersatu Spacetoon
Tarikh tayangan26 Februari 198612 April 1989
Episod153 (Senarai episod)
Filem
Francais Dragon Ball
Portal Anime dan Manga
Jilid 1 komik Dragon Ball versi bahasa Melayu

Dragon Ball (Jepun: ドラゴンボール, Hepburn: Doragon Bōru) atau dikenali sebagai Mutiara Naga di Malaysia ialah sebuah manga oleh Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Weekly Shōnen Jump bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995; bab-bab individu yang diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Shueisha sebanyak 42 buah jilid.

Siri anime dihasilkan oleh Toei Animation, mempunyai dua musim mengikut siri manga ditayangkan di Fuji TV. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri Dragon Ball Z buat tayangan semula tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai telah menayangkan dua musim menggunakan video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD).

Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.

Jalan cerita

Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.

Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya tradisional Cina, Journey To The West.

Watak utama Mutiara Naga

Templat:Spoiler

Son Goku (Jepun: 孫 悟空, Hepburn: Son Goku)
Watak utama Mutiara Naga. Berketurunan Saiyan dan dilahirkan dengan nama Kakarot, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya dengan Chichi.
Son Gohan (Jepun: 孫 悟飯, Hepburn: Son Gohan)
Anak sulung Son Goku. Bakat berlawannya telah terserlah sejak kecil lagi, tetapi dia bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuan. Setelah tamat Permainan Cell, dia dihantar belajar di Sekolah Menengah Orange Star, di mana dia mula mengenali anak perempuan Encik Satan, Videl, yang kemudiannya menjadi isterinya. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memperoleh seorang anak bernama Pan.
Bezita (Jepun: ベジータ, Hepburn: Bejita)
Seorang putera mahkota bagi Kaum Saiyan dari Planet Bezita. Terkenal kerana memiliki kuasa berlawan yang tinggi sejak kecil lagi, tetapi maruahnya tercalar apabila dikalahkan oleh Son Goku semasa dia mula hendak menyerang bumi. Namun demikian, dia mula bekerjasama dengan Goku dan rakan-rakan bagi menewaskan musuh yang lebih kuat, bermula dari babak Fliza. Malah dia mula tinggal di bumi dan berkahwin dengan Bulma serta mempunyai 2 orang anak iaitu Trunks dan Bula.
Bulma (Jepun: ブルマ, Hepburn: Buruma)
Watak perempuan utama yang pertama muncul di dalam Mutiara Naga. Dia memainkan peranan penting dalam babak-babak terawal Mutiara Naga kerana dialah yang bertanggungjawab mengajak Goku menyertai pengembaraan mencari Mutiara Naga dan dalam masa yang sama, dia mencipta Radar Mutiara Naga untuk memudahkan kerja mereka. Peranannya semakin berkurangan di dalam babak-babak kemudiannya yang lebih banyak menerapkan unsur pertarungan dan perlawanan.

Untuk senarai penuh, sila rujuk rencara Senarai watak Mutiara Naga.