Presiden Korea Selatan: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k menambah Kategori:Senarai presiden (HotCat) |
||
Baris 107: | Baris 107: | ||
[[Kategori:Presiden Korea Selatan| ]] |
[[Kategori:Presiden Korea Selatan| ]] |
||
[[Kategori:Senarai presiden|Korea Selatan]] |
|||
[[da:Sydkoreas præsidenter]] |
[[da:Sydkoreas præsidenter]] |
||
[[es:Lista de Presidentes de Corea del Sur]] |
[[es:Lista de Presidentes de Corea del Sur]] |
Semakan pada 10:53, 9 September 2017
Presiden Republik Korea Selatan | |
---|---|
대한민국 대통령 | |
Gelaran | Tuan Presiden Tuan Yang Terutama |
Anggota bagi | Constitutional institution (South Korea) (en) dan Majlis Negara Korea Selatan |
Bidang kuasa | Korea Selatan |
Kediaman | Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan |
Dilantik oleh | Terus kepada undi popular |
Tempoh jawatan | 5 tahun (tidak boleh diperbaharui) |
Penjawat sulung | Syngman Rhee 24 Julai 1948 |
Dibentuk | 24 Julai 1948 |
Senarai | Presiden Korea Selatan |
Tapak web | (Inggeris) english |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Republik Korea, mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan dan ketua negara Republik Korea serta panglima tertinggi angkatan tenteranya. Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh perdana menteri atau menteri kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.
Pada 10 Mei 2017, Moon Jae-in dilantik sebagai Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, Parti Minjoo dan bekas pemimpin Parti Demokratik Bersatu Korea Selatan.
Keputusan pilihan raya presiden
Pada 9 Mei 2017, Moon Jae-in berjaya memenangi dan dipilih sebagai Presiden Korea Selatan ke-12 dengan majoriti 41.1% menewaskan 2 orang pencabarnya dari Hong Joon-pyo (Parti Konservatif) 24.0% dan Ahn Cheol-soo (Parti Liberal) 21.4%.
Senarai Presiden
-
Pertama, Ke-2, & Ke-3 — Rhee Syng-man
(berkhidmat: 1948–1960) -
Ke-4 — Yun Bo-seon
(berkhidmat: 1960–1962) -
Ke-5, Ke-6, Ke-7, Ke-8, & Ke-9 — Park Chung-hee
(berkhidmat: 1963–1979) -
Ke-10 — Choi Kyu-hah
(berkhidmat: 1979–1980) -
Ke-11, Ke-12 — Chun Doo-hwan
(berkhidmat: 1980–1988) -
Ke-13 — Roh Tae-woo
(berkhidmat: 1988–1993) -
Ke-14 — Kim Young-sam
(berkhidmat: 1993–1998) -
Ke-15 — Kim Dae-jung
(berkhidmat: 1998–2003) -
Ke-16 — Roh Moo-hyun
(berkhidmat: 2003–2008) -
Ke-17 — Lee Myung-bak
(berkhidmat: 2008–2013) -
Ke-18 — Park Geun-hye
(berkhidmat: 2013 - 2017) -
Ke-19 — Moon Jae-in
(berkhidmat: 10 Mei 2017 - kini)
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.