Shamyl Othman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎Kerjaya: Sedikit pembaharuan.
Baris 22: Baris 22:


==Kerjaya==
==Kerjaya==
Shamyl memulakan pendidikannya dalam filem di [[Melbourne]], [[Australia]], pada tahun 1999. Dua filem pendeknya, ''Father'' dan ''Second'', yang beliau tulis dan arahkan semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. ''Father'' juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.
Shamyl mendapat pendidikannya dalam filem di [[Melbourne]], [[Australia]], pada 1999. Dua filem pendeknya, ''Father'' dan ''Second'', yang ditulis dan diarahkan oleh beliau semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. ''Father'' juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.


Setelah mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl kembali ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awalnya dengan [[Red Communications]] termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti [[Unilever]], [[Petronas]] dan [[Air Asia]]. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antara karya serantau yang terkenal ialah ''[[Waktu Rehat]]'' untuk [[Disney Channel]] dan ''My Ghost Story Asia'' untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di [[Anugerah Televisyen Asia]].
Selepas mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl kembali ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awalnya bersama [[Red Communications]] termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti [[Unilever]], [[Petronas]] dan [[AirAsia]]. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antaranya ialah ''[[Waktu Rehat]]'' untuk [[Disney Channel]] dan ''My Ghost Story Asia'' untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di [[Anugerah Televisyen Asia]].


Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl telah mengarahkan filem juga. Filem cetera sulungnya ''[[Kami Histeria]]'', yang dikeluarkan di pawagam Malaysia pada Februari 2014, juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya ''[[Rembat (filem)|Rembat]]'' dikeluarkan pada Ogos 2015.
Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl juga telah mengarahkan filem. Beliau megarahkan filem sulumgnya ''[[Kami Histeria]]'', yang dikeluarkan pada Februari 2014, juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya ''[[Rembat (filem)|Rembat]]'' dikeluarkan pada Ogos 2015.


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==

Semakan pada 16:07, 11 Disember 2017

Shamyl Othman
Kelahiran
PekerjaanPengarah, pembikin filem
Tahun aktif2000–kini
Ibu bapaOthman Hafsham (bapa)
SaudaraSharmaine Othman (adik)

Shamyl Othman ialah seorang pengarah dan pembikin filem Malaysia dan merupakan anak kepada pengarah veteran terkenal, Othman Hafsham.[1]

Kerjaya

Shamyl mendapat pendidikannya dalam filem di Melbourne, Australia, pada 1999. Dua filem pendeknya, Father dan Second, yang ditulis dan diarahkan oleh beliau semasa kursus itu, ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem dan Video Pendek Antarabangsa Manchester (2003), Festival Filem Antarabangsa Bangkok (2004) dan Festival Filem Antarabangsa Melbourne ke-51. Father juga memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia ke-8.

Selepas mendapat ijazah dalam Filem dan Televisyen pada tahun 2003, Shamyl kembali ke Malaysia dan mula bekerja sebagai pengarah dalam industri televisyen. Selama beberapa tahun pertamanya, beliau memainkan gabungan genre televisyen - dari siri drama dan telefilem ke rancangan realiti dan dokumentari. Projek awalnya bersama Red Communications termasuk iklan dan kandungan berjenama untuk pelanggan korporat seperti Unilever, Petronas dan AirAsia. Beliau seterusnya memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan mengarahkan program untuk siaran serantau. Antaranya ialah Waktu Rehat untuk Disney Channel dan My Ghost Story Asia untuk The Biography Channel (bio.) yang kedua-duanya merupakan pencalon di Anugerah Televisyen Asia.

Selain daripada hasil karya televisyen, Shamyl juga telah mengarahkan filem. Beliau megarahkan filem sulumgnya Kami Histeria, yang dikeluarkan pada Februari 2014, juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25 dan Festival Filem Antarabangsa Hanoi. Beliau mengarahkan filem keduanya Rembat dikeluarkan pada Ogos 2015.

Kehidupan peribadi

Shamyl merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pengarah veteran terkenal, Othman Hafsham. Adik beliau, Sharmaine, juga bergiat aktif dalam bidang perfileman. Beliau mempunyai seorang anak perempuan.[2] Meskipun diminta oleh bapanya supaya menguruskan Cinematic Sdn. Bhd. yang menerbitkan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, namun Shamyl menolak dengan alasan beliau belum bersedia untuk "memikul tanggungjawab besar",[2] sambil menyatakan "sukar untuk bekerja dengan bapanya".[2] Malah, beliau juga lebih selesa bekerja dengan syarikat penerbitan lain daripada syarikat penerbitan keluarganya sendiri.[2]

Filemografi

  • Sadiq & Co (drama; 2008)
  • Gigi Putih (filem pendek; 2010)
  • Waktu Rehat (drama; 2010)
  • "Aku Adalah Aku" - Melda Ahmad (muzik video; 2011)
  • Heart of Taiko (filem pendek; 2012)
  • My Ghost Story Asia (dokumentari; 2013)
  • Kami Histeria (2014) – pengarah
  • Rembat (2015) – pengarah
  • Oh My English!: Hello America (telefilem; 2015)
  • Anak Merdeka (drama; 2017) – pengarah (1 episod)
  • Kasut Bola Pink (telefilem; 2017) – pengarah
  • Merah, Putih, Kuning dan: Haru Biru (video; 2017)

Rujukan

  1. ^ Bissme S. (13 June 2014). Following in dad's footsteps The Sun, Malaysia. Retrieved on November 4, 2014. (Inggeris)
  2. ^ a b c d Amirul Haswendy Ashari (4 Oktober 2015). Susah bekerja dengan ayah Harian Metro. Dicapai pada 4 November 2015.

Pautan luar