Rembat (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rembat
2015 Rembat.jpg
PengarahShamyl Othman
PenerbitLina Tan
Lakon layar olehAmir Rohayat
Rafidah Abdullah
Cerita olehAmir Rohayat
Rafidah Abdullah
Dibintangi olehShaheizy Sam
Ah Niu
Zizan Razak
Zara Zya
Arja Lee
Syarikat
penerbitan
PengedarPrimeworks Studios[1]
Mula ditayangkan
8 Oktober 2015
Tempoh tayangan
98 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Pecah panggungRM 708,000[2]

Rembat (Cina: 球发财) rupakan sebuah filem aksi komedi sukan Malaysia 2015 arahan Shamyl Othman dan dibintangi oleh Aniu.[3] Shaheizy Sam Dan Zizan Razak Filem ini mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 8 Oktober 2015.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Ah Niu) yang bertembung secara tidak sengaja. Namun satu malapetaka yang berlaku membuatkan mereka mengejar masa untuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak yang akan berlangsung kerana Chin Chye telah berjanji dengan ah long untuk memberi rasuah kepada pasukan Malaysia agar mereka kalah dalam perlawanan di antara Harimau Malaya dan Thailand.

Walaupun Malik tidak mahu melibatkan diri dengan perjanjian ini kerana dia peminat setia Harimau Malaya, dia terpaksa mengikut Chin Chye kerana ingin menghalang Rosman (Arja Lee) daripada mencuri kekasihnya Azira (Zara Zya), yang memerlukan wang untuk pembedahan neneknya.

Oleh kerana kesuntukan masa dan duit, Chin Chye dan Malik berjumpa dengan M.R. Baby (Zizan Razak), untuk mendapatkan pinjaman wang.

Namun M.R. Baby pula naik marah apabila mendengar rancangan mereka untuk memberi rasuah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana M.R. Baby bertaruh untuk Malaysia agar menang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Shaheizy Sam melakonkan watak Malik di dalam filem ini.
  • Shaheizy Sam sebagai Malik
  • Ah Niu sebagai Chin Chye
  • Zizan Razak sebagai M.R Baby
  • Zara Zya sebagai Azira
  • Arja Lee sebagai Rosman
  • Sam Chong sebagai Ah Loong
  • Sherry Alhadad sebagai Pembunuh
  • Zulin Aziz sebagai Didie
  • Ashraf Zain sebagai Pemandu Teksi Sapu
  • Michael Chin sebagai Tukang Masak
  • Tuan Faisal sebagai Peminat Dangdut
  • Megat Shahrizal sebagai Peminat Chelsea
  • Ramasundran sebagai Mamak India
  • Amirah Azmi sebagai Pembantu M.R. Baby
  • Anding Indrawani sebagai Putat
  • Yvonne Lee sebagai Gadis Cantik
  • Zhafir Muzani (Mazlee-Ome) sebagai Pelajar
  • Jasmine Suraya Chin sebagai Geisha

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menjalani penggambaran selama 26 hari di sekitar Kuantan, Lembah Klang dan Johor.[5] Menurut pengarah, Shamyl Othman, idea untuk menghasilkan filem ini mulai muncul diantara tahun 2013-2014 dan ketika itu, ideannya hanya berkisarkan mengenai bola sepak semata-mata.[6] Namun begitu, ianya mulai berkisarkan semangat perpaduan dan nasionalisme apabila skrip filem mulai ditulis.Penggambaraan mengalami sedikit gangguan dek kerana masalah jerebu.[7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Rembat dikeluarkan pada 8 Oktober 2015 di pawagam seluruh negara.[8] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 708,000.[9]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Aqmar Mustaza dari majalah Media Hiburan dan portal perfileman Wayangkini.com[10] memuji filem ini dari segi lakonan dan mesej filem ini.[11] Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis bahawa paparan dalam filem Rembat ternyata melahirkan kesegaran baharu untuk filem Melayu Malaysia.[12]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Rembat telah dimuat naik di akaun YouTube Red Communications pada 4 September 2015 dan telah mencatat 94,283 tontonan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pengarah Terbaik Shamyl Othman Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Ah Niu Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Lina Tan, Amri Rohayat & Tan Boon Huat Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Addaudio Sdn Bhd & Foo Yueh Yee Dicalonkan
Pelakon Baru Wanita Terbaik Zara Zya Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://tupai.cinema.com.my/Movies/MovieDetails.aspx?search=2015.10267.rembat.20057
  2. ^ "Malaysian Box Office". FINAS. Dicapai 2016-08-02. 
  3. ^ "Is 'Rembat' merely the asylum of madcap characters it appears to be?". Astro Awani. 7 Oktober 2015. Dicapai 2016-08-02. 
  4. ^ "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Perak Today. 5 September 2015. Dicapai 2016-08-02. 
  5. ^ Gun, Michelle (3 Oktober 2015). "Rembat semarak perpaduan dalam lucu". Harian Metro. 
  6. ^ Nadia Azam (8 Oktober 2015). "Shamyl bikin filem, bikin persefahaman kaum". Malaysiakini. Dicapai 22 Julai 2016. 
  7. ^ Mohamad Ishak, Noor Ainulyakin (5 September 2015). "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Sinar Harian. 
  8. ^ Aqmar Mustaza (10 Oktober 2015). "Rembat filem santai, semarak perpaduan". Sinar Harian. Dicapai 22 Julai 2016. 
  9. ^ Nannie Isa (8 Oktober 2015). "Filem Rembat, Memupuk Semangat Cintakan Negara & Semangat Setiakawan". Kitepunye. Dicapai 22 Julai 2016. 
  10. ^ "Rembat [Review]". Wayangkini.com. 13 Oktober 2015. Dicapai 2016-08-02. 
  11. ^ Mustaza, Aqmar (10 Oktober 2015). "Rembat filem santai, semarak perpaduan". Media Hiburan. Dicapai 2016-08-02. 
  12. ^ Mohd Haikal Isa (8 Oktober 2015). "Rembat: Lelucon, realiti unik masyarakat Malaysia". Kosmo!. Dicapai 22 Julai 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]