Parlimen Kanada: Perbezaan antara semakan
26 Ramadan (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
26 Ramadan (bincang | sumb.) Tambah templat |
||
Baris 187: | Baris 187: | ||
* {{Laman web rasmi}} |
* {{Laman web rasmi}} |
||
* [https://openparliament.ca/ Open Parliament] |
* [https://openparliament.ca/ Open Parliament] |
||
{{Topik Kanada}} |
|||
{{Portal bar|Kanada}} |
{{Portal bar|Kanada}} |
||
{{Kawalan kewibawaan}} |
{{Kawalan kewibawaan}} |
Semakan pada 15:09, 24 Mac 2018
Parlimen Kanada ڤرليمن كنادا | |
---|---|
Parliament of Canada 🍁 Parlement du Canada | |
Parlimen Kanada ke-42 | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Julai 1867 |
Kepimpinan | |
Elizabeth II sejak 6 Februari 1952 | |
Julie Payette sejak 2 Oktober 2017 | |
Struktur | |
Ahli |
|
Kumpulan politik di Senat |
|
Kumpulan politik di Dewan Rakyat |
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian Senat | Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri |
Sistem pengundian Dewan Rakyat | |
Pilihan raya terakhir Dewan Rakyat | 19 Oktober 2015 |
Tempat persidangan | |
Blok Tengah, Bukit Parlimen Ottawa, Ontario | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.
Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakan suatu pilihan raya umum.[ruj 2] Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.
Komponen
Parlimen Kanada terdiri daripada tiga bahagian: baginda ratu, Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap daripadanya mempunyai peranan yang berbeza, tetapi bekerjasama di dalam proses perundangan. Format ini telah diwarisi dari United Kingdom dan ia hampir menyerupai sistem berparlimen di Westminster, dengan perbezaan besar daripada keadaan yang unik di Kanada seperti sifat kediaman ratu yang tidak kekal di dalam negara dan tiada ciri golongan bangsawan untuk membentuk dewan pertuanan.
Hanya mereka yang menduduki Dewan Rakyat yang dipanggil sebagai ahli parlimen (AP); istilah ini tidak pernah diguna pakai untuk senator, walaupun Senat adalah sebahagian daripada parlimen. Walaupun secara perundangannya kurang berkuasa, para senator mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam susunan keutamaan.[1] Tiada individu yang boleh berkhidmat di lebih daripada satu dewan pada waktu yang sama.
Rujukan
Catatan
- ^ a b Ahli parlimen dan senator daripada parti Liberal duduk di dalam kaukus yang berasingan.
Petikan
- ^ a b MacLeod (2015), halaman 24.
- ^ Hicks (2012), halaman 20.
Umum
- ^ "Order of Precedence" (dalam bahasa Inggeris). CanadaInfo. Dicapai pada 24 Mac 2018.
Bibliografi
- MacLeod, Kevin S. (2015), A Crown of Maples (PDF) (ed. 3), Ottawa: Queen's Printer for Canada, dicapai pada 20 Februari 2015
- Hicks, Bruce (2012). "The Westminster Approach to Prorogation, Dissolution and Fixed Date Elections" (PDF). Canadian Parliamentary Review. 35 (2): 20.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Parlimen Kanada di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi
- Open Parliament