Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31: Baris 31:


== Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu ==
== Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu ==
Semenanjung Tanah Melayu digelar ''Chersonesus Aurea'' ("Semenanjung Emas") oleh [[Claudius Ptolemy]], ahli astronomi dan ahli matematik [[Yunani]] terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada Malay Peninsula dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.<ref>Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref> 
Semenanjung Tanah Melayu digelar ''Chersonesus Aurea'' ("Semenanjung Emas") oleh [[Claudius Ptolemy]], ahli astronomi dan ahli matematik [[Yunani]] terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada "Malay Peninsula" dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.<ref>Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref> 


Menurut kitab [[Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah]], Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai '''Tanah Segara Masin'''. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.
Menurut kitab [[Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah]], Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai '''Tanah Segara Masin'''. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.

Semakan pada 17:57, 13 November 2019

Semenanjung Tanah Melayu
سمننجوڠ تانه ملايو
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Pentadbiran
Video ini memaparkan limpahan cahaya malam diseluruh Semenanjung Tanah Melayu. Video asal ini telah diambl oleh krew ekspedisi angkasa lepas NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Ekspedisi tersebut digelar "Expedition 28".
Gambar Semenanjung Tanah Melayu dari Stesen Angkasa Antarabangsa

Semenanjung Tanah Melayu (Bahasa Thai: คาบสมุทรมลายู RTGSKhapsamut Malayu, disebut [kʰâːp.sā.mùt mā.lāː.jūː], Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်, Cina: 马来半岛 / 馬來半島, Indonesia: Semenanjung Malaya) merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi[1] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand[2]

Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.

Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemy, ahli astronomi dan ahli matematik Yunani terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada "Malay Peninsula" dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.[3] 

Menurut kitab Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai Tanah Segara Masin. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.

Istilah itu juga ada disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

" ... ka-sana-lah patek, lamun pada Tanah Melayu." Maka titah raja: "Baik-lah Tun Tuah dudok di- ... " [4] Dalam kegunaan ini, istilah itu digunakan bagi merujuk secara umum kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Melayu Melaka. [5]

Peta

Peta tertua Semenanjung Tanah Melayu yang masih wujud ialah Geographike Huphegesis ("Panduan Geografi") yang dicipta pada abad ke-13 Masihi, berdasarkan data yang dihimpunkan oleh Ptolemy pada abad pertama Masihi.[6] Manakala peta moden Tanah Melayu dan Sumatera yang terawal disediakan oleh Martin Waldseemuller (1470 - 1518) ialah pada tahun 1513. Ia menampilkan sesetengah pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah dilupakan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sejarah Perjuangan Melayu Patani (Cetakan Kedua). 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-443-X (kulit lembut).
  2. ^ [http://bexico.cwahi.net/unit_pm_dan_bk/en_hamdan/Artikel/patani.htm LATARBELAKANG SEJARAH DAN MASYARAKAT MELAYU PATANI, Hamdan Dato’ Mohd. Salleh]
  3. ^ Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.
  4. ^ Hikayat Hang Tuah
  5. ^ [1]
  6. ^ [Malaysia: A Pictorial History 1400-2004, m.s. 22. Editions Didier Millet. ISBN 981-4068-77-2.]

Pautan luar