Suku Betawi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 18: Baris 18:


==Budaya==
==Budaya==
[[Betawi]] merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada [[Melayu]], yang sangat berbeza daripada budaya [[Jawa]], walaupun suku Betawi menduduki pulau [[Jawa]]. Ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku [[Betawi]] yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan [[Belanda]] iaitu ''Batavia''=Betawi. Orang Betawi pada umumnya beragama [[Islam]] seperti orang [[Melayu]] dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya [[Pantun]], [[Silat]], penggunaan [[Songkok]] oleh kaum lelaki, makanan [[Nasi uduk]] yang dibuat dari [[Santan]] seperti [[Nasi lemak]] Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku ''Duetero Malayu''.
[[Betawi]] merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada [[Melayu]], yang sangat berbeza daripada budaya [[Jawa]], walaupun suku Betawi menduduki pulau [[Jawa]]. Ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku [[Betawi]] yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan [[Belanda]] iaitu ''Batavia''=Betawi. Orang Melayu Betawi pada umumnya beragama [[Islam]] seperti orang [[Melayu]] dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya [[Pantun]], [[Silat]], penggunaan [[Songkok]] oleh kaum lelaki, makanan [[Nasi uduk]] yang dibuat dari [[Santan]] seperti [[Nasi lemak]] Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku ''Duetero Malayu''.

Semakan pada 10:56, 11 Ogos 2020

Melayu Betawi
Silat Betawi
Kawasan ramai penduduk
Jakarta: 2.7 juta
Jakarta: 1.285.233
Malaysia, Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Amerika Serikat
Bahasa
Betawi, Indonesia
Agama
Majoriti Islam, sebahagian sangat kecil Katolik dan Protestan
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu

Suku Melayu Betawi ialah suku asal daripada bandar Jakarta. Suku Melayu Betawi sebenarnya termasuk dalam kategori suku baru di Indonesia kerana kelompok etnik ini lahir dari pelbagai macam kelompok etnis lain yang sudah lebih dulu hidup di bandar Jakarta, seperti orang , Arab, Cina, Bali, dan Melayu. Ahli Antropologi Universiti Indonesia, Dr Yasmine Zaki Shahab menaksir bahawa etnik Melayu Betawi baru terbentuk sekitar seabad lalu, antara tahun (Abad ke-15) pada masa penjajahan Belanda. Secara Biologi, mereka yang mengaku sebagai orang Melayu Betawi ialah keturunan kaum berdarah campuran aneka suku dan bangsa daripada Nusantara (Indonesia) yang ialah hasil perkahwinan campur antara etnik dan bangsa di masa lalu di Jakarta.

Sifat percampuran dalam Bahasa Melayu Indonesia kepada dialek Melayu Betawi adalah dipengaruhi kebudayaan Melayu Betawi secara umum, yang merupakan hasil perkahwinan daripada pelbagai budaya berbeza yang berasal dari daerah-daerah lain di Nusantara (Indonesia) dan juga kebudayaan asing. Dalam bidang kesenian, contohnya orang Melayu Betawi memiliki seni "Gambang Kromong" yang berasal daripada seni muzik Cina, tetapi juga ada Rebana yang berasal daripada seni muzik Arab, "Keroncong Tugu" dengan latar belakang percampuran seni Portugis dan Arab, dan ada seni muzik "Tanjidor" yang berlatar belakangkan daripada seni muzik Belanda. Pengaruh-pengaruh seni luar ini yang masuk ke Jakarta sejak dahulu dikembangkan oleh orang Betawi sebagai seni dan budaya asal daripada budaya orang kaum Betawi di Jakarta, walaupun tetap mempertahankan nilai-nilai ugama utama orang Betawi iaitu Islam.

Secara adat istiadat, suku Betawi mengikuti nilai-nilai Melayu dalam pelbagai segi kehidupan seperti bahasa, pakaian, makanan, agama, dll.

Budaya

Betawi merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada Melayu, yang sangat berbeza daripada budaya Jawa, walaupun suku Betawi menduduki pulau Jawa. Ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku Betawi yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan Belanda iaitu Batavia=Betawi. Orang Melayu Betawi pada umumnya beragama Islam seperti orang Melayu dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya Pantun, Silat, penggunaan Songkok oleh kaum lelaki, makanan Nasi uduk yang dibuat dari Santan seperti Nasi lemak Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku Duetero Malayu.