Juita Viden: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Syarikat | name = Juita Viden Sdn Bhd | logo = | type = Sendirian berhad | genr...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 41: Baris 41:
*[http://www.juitaviden.com Juita Viden]
*[http://www.juitaviden.com Juita Viden]


[[Kategori:Syarikat televisyen Malaysia]]
[[Kategori:Syarikat penerbitan televisyen Malaysia]]

Semakan pada 13:25, 30 November 2009

Juita Viden Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian berhad
IndustriPengedaran televisyen
GenreHiburan
Ditubuhkan1978
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor[1], Malaysia
PembahagianJuita Viden Media Services
Filem Karya Nusa
Filmscape
Luminous Production
Skywalker TV
Juita Viden Licensing & Merchandising
Berjaya HVN
Tapak webhttp://www.juitaviden.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Juita Viden ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran kandungan televisyen di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Datuk Foo Ah Kow, Juita Viden sudah menjadi antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edarannya.

Perkhidmatan

Pengedaran dan penjualan waktu siaran

Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi. Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.

Unit Juita Viden Media Services membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]

Penerbitan

Kebanyakan usaha penerbitan rancangan tempatan di bawah Juita Viden dilakukan oleh empat buah anak syarikat atau unit penerbitan naungannya, iaitu Filem Karya Nusa, Filmscape, Luminous Production dan Skywalker TV. Filem Karya Nusa terkenal kerana banyak mengalih suara animasi dan bahan televisyen luar negara ke bahasa Malaysia untuk tatapan penonton tempatan.[3] Filmscape yang ditubuhkan oleh Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa, menjadi antara penerbit drama televisyen paling diminati ramai seperti Manjalara, Frontpage, Kekasihku Seru dan Nur Kasih, tidak lupa juga menjayakan filem-filem Cinta dan Sepi. Luminous merupakan penerbit rancangan permainan Deal or No Deal Malaysia dan Celebrity Karaoke, rancangan hiburan berbahasa Cina Shout Out! It’s Show Time. Selain menerbitkan rancangan televisyen, Skywalker juga khusus menghasilkan iklan televisyen.

Lain-lain

Unit Juita Viden Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.

Juita Viden bersama Kumpulan Berjaya menjalankan perniagaan jualan video (VCD/DVD) dengan label Berjaya HVN.

Rujukan

Pautan luar