Kinta Selatan (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kinta Selatan
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Pemilih (1955)16,295

Kinta Selatan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Kampar, Teja, Blanja, Sungei Trap dan Tanjung Tualang di Kinta.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Kinta Selatan ialah Too Joon Hing dari Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kinta Selatan telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Batu Gajah dan Kampar. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak empat calon telah bertanding di kerusi parlimen Kinta Selatan. Mereka ialah Too Joon Hing dari Parti Perikatan, Mohamed Baki Haji Daud dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), Idris Hakim dari parti Bebas dan Zaharie Hassan dari Parti Progresif Rakyat (PPP).[4] Too Joon Hing telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 11,611.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Kinta Selatan
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 Too Joon Hin Perikatan (MCA) 11,611 9,922
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Batu Gajah dan Kampar.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Too Joo Hin 11,611 83.1 N/A
NAP Mohamed Baki Bin Haji Daud 1,689 14.3 N/A
Bebas Idris Hakim 401 2.9 N/A
PPP Zaharie Hassan 273 2.0 N/A
Jumlah undian sah 13,974 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 16,295
Majoriti 9,922
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]