Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
كوليج ماتريكولسي كجوروترأن ڤهڠ
MotoPenjana Kegemilangan
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan padaMei 2009
PengarahTuan Haji Abd Rashid Bin Mohd Ali
Lokasi,
Laman sesawanghttp://www.kmkph.matrik.edu.my/

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMTPh) ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang terletak di Jengka, Pahang[1]

Visi[sunting | sunting sumber]

Penjana pelajar berkualiti ke IPT dalam bidang kejuruteraan

Misi[sunting | sunting sumber]

Memperkasa potensi pelajar dalam bidang kejuruteraan melalui pendidikan pra universiti yang berkualiti

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMTPh) asalnya adalah Sekolah Menengah Teknik Jengka. Pada akhir tahun 2008, sekolah tersebut telah dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat tinggi semasa yang kian berkembang.

Terletak di atas tapak berkeluasan 40.06 ekar (16.21 hektar) dan berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka menjadikan kedudukannya hanya 8 km dari bandar Jengka dan mudah dihubungi dengan adanya laluan keluar di Chenor melalui Lebuhraya Pantai Timur. Ia juga boleh dihubungi melalui laluan bandar Maran dan Jerantut ke bandar Jengka.

Pada awal penaiktarafan, kolej ini telah diurustadbir oleh pegawai ”Task Force” seramai 4 orang yang diketuai oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh 20 orang pensyarah. Tanggungjawab awal pasukan ini adalah untuk merangka dan menggerakkan budaya kerja matrikulasi. Pada masa yang sama membuat persediaan untuk kemasukan pelajar sulungnya pada 11Mei 2009.

Kolej ini menawarkan pengajian satu tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal. Kelayakan masuk untuk mengikuti jurusan yang ditawarkan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasarkan kepada keputusan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pembelajaran pengajian dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Kaedah tersebut diaplikasikan untuk menyediakan dan melengkapkan diri pelajar kepada konsep belajar di menara gading. Proses pengajaran memfokus dan menjana pelajar ke arah mencapai keunggulan dalam setiap kecemerlangan seiring dengan motto, visi dan misi kolej.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]