Kolej Matrikulasi Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Sarawak
كوليج ماتريكولسي سراوق
Logo_KMSw
MotoMenjulang Kecemerlangan
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan padaMei 2013
PengarahTuan Khairudin bin Nozari
Lokasi,
Laman sesawang[1]

Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Sarawak terletak di Kuching, Sarawak[1]

Visi[sunting | sunting sumber]

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan professional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menghasilkan lulusan Kolej Matrikulasi Sarawak yang berkelayakan memasuki kursus-kursus terpilih di universiti dalam dan luar negara.

Sejarah dan Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja awal ubahsuai naik taraf (USNT) Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS) dan pembinaan blok baru untuk pengoperasian Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) telah bermula pada bulan Oktober 2012. KMSw dijadual memulakan  operasi  pada bulan Mei 2013 dengan bermulanya sesi pengajian akademik 2013/2014.

Kampus sementara KMSw akan berkongsi premis dan kemudahan dengan SMTS sehingga kampus tetap KMSw disiapkan. Lokasi kampus sementara KMSw ialah 12 km dari PPD dan 30 km dari Bandaraya Kuching Sarawak serta terletak di kawasan perindustrian  Sejingkat.

Kedudukanya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti IPG, Politeknik, Universiti Malaysia Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan jalinan kerjasama smart partnership dalam kalangan institusi pendidikan setempat.

Kolej ini yang ditubuhkan pada akhir 2012 adalah merupakan kolej matrikulasi ke 15 di seluruh Malaysia  di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KMSw pada awalnya dijangka boleh menempatkan 200 orang pelajar secara full board di dua blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan dan bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar, terdapat kafeteria dan pusat penjualan makanan layan diri yang memberi perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar.

Dalam melaksanakan proses pengajaran di peringkat awal, terdapat dua(2) buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan ICT dan boleh memuatkan 60 orang pelajar, enam(6) buah bilik tutoran, tiga(3) buah makmal sains, satu(1) makmal komputer, dua(2) studio online pembelajaran, satu(1) studio online pentadbiran serta pusat sumber untuk pelajar membuat rujukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]