Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
كوليج ماتريكولسي كجوروترأن قدح
Nama lama
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Moto"Teknokrat & Teknoprenuer, Masa Depan Bermulanya Di Sini"
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan pada
Sebelum Mei 2009 (STEP)
Mei 2009 (KMTK)
2018 (KMKK)
PengarahTn Haji Amran bin Md Said
Alamat
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah
Laman sesawanghttp://www.kmkk.matrik.edu.my/

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah terletak di Pendang, Kedah[1]

Visi[sunting | sunting sumber]

Penjana unggul pelajar berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.[2]

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan potensi pelajar dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.[2]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) mula beroperasi pada Mei 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Pendang sehinggalah ia dinaik taraf kepada Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Ambilan pertama pelajar KMTK pada tahun 2009 iaitu seramai 99 orang pelajar sahaja. Pada tahun 2010 bilangan pelajar semakin bertambah sehingga 348 orang. Setakat ini Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah mampu menempatkan seramai 518 orang pelajar termasuk lelaki dan perempuan dalam satu-satu masa. Setiap pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah layak dan wajib menetap di Kolej Kediaman yang disediakan. Dengan prasarana dan kelengkapan yang lengkap di setiap blok kolej kediaman, keselesaan pelajar adalah terjamin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-12.
  2. ^ a b http://www.kmkk.matrik.edu.my/index.php/en/latarbelakang.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://www.kmkk.matrik.edu.my/ — Laman sesawang rasmi kolej

https://www.facebook.com/my.kmkk — Laman Facebook rasmi kolej

https://youtube.com/channel/UCXMTb6VrUS78BxV-KTIuFJQ — Saluran Youtube rasmi kolej

https://www.tiktok.com/@kmkkkedah — Laman tiktok rasmi kolej