Kongsi (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kongsi
Kongsi01.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahFarid Kamil
PenerbitDavid Teo
PenulisFarid Kamil (Lakon layar)
Fadzil Zahari & Farid Kamil (Skrip)
Dibintangi olehShaheizy Sam
Fizo Omar
Yana Samsudin
Azad Jasmin
Bront Palarae
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
12 Mei 2011
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.82 juta[1]
Pecah panggungRM 8.09 juta[1]

Kongsi merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2011 arahan Farid Kamil dan ditulis bersama oleh Farid dan adiknya Fadzil Zahari terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana Samsudin, ia menceritakan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak, yang datang ke Malaysia untuk mengucar-ngacirkan kumpulan kongsi gelap yang ada di Malaysia dan hubungan Tumulak dengan ASP Shariff. Filem ini ditayangkan pada 12 Mei 2011 dan telah mencipta rekod dengan mencatat kutipan RM 1.1 juta dalam masa 1 hari tayangan.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang pembunuh upahan bernama Tumulak dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu, untuk mengucar-ngacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Ketika itu, Kuala Lumpur dikuasai oleh tiga kumpulan kongsi gelap, masing-masing diketuai oleh Pak Maliki (ketua kongsi gelap Melayu), Jimmy (ketua kongsi gelap Cina) dan Victor (ketua kongsi gelap India). Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh Tumulak termasuklah membunuh orang bawahan Pak Maliki serta anak Victor. Hal ini telah menarik perhatian ASP Shariff untuk menyiasat kejadian yang berlaku.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Kekuatan filem Kongsi ini bertunjangkan pelakon utamanya (Shaheizy Sam) yang berjaya melakukan tugas yang baik sebagai pembunuh upahan yang kelam-kabut[3]. Shaheizy Sam berjaya mewarnakan lakonannya dengan baik dan harus dipuji.[4] Keharmonian hidup di Malaysia turut dipaparkan, walaupun dari segi kehidupan kongsi gelap berjaya menarik perhatian penonton dan turut menyelitkan unsur-unsur nilai moral kepada mereka yang menonton.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Setelah dibuka di 87 pawagam di seluruh Malaysia,[1] filem Kongsi telah mencipta sejarah dengan berjaya mencapai kutipan RM 1.08 juta dalam masa satu hari.[5] Dalam seminggu pertama sahaja, filem ini berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta,[6] Setakat 15 Jun 2011, kira-kira sebulan selepas mula ditayangkan, filem Kongsi mengaut sebanyak RM 8.09 juta.[1]

Teknikal[sunting | sunting sumber]

Ulasan akhbar juga mendapati masalah teknikal yang dapat dikesan apabila ada beberapa syot yang kelihatan agak kabur hingga mencacatkan sedikit pemandangan filem ini. Hal ini turut diakui oleh pengarahnya, Farid Kamil, dan menyatakan ada beberapa babak yang disengajakan untuk syot tersebut. Apa-apa pun, rata-rata pengkritik filem memberi pujian kepada beliau atas usaha menghasilkan filem ini yang terbukti menyeronokan dan bakal menarik ramai peminat lebih-lebih lagi penggemar filem-filem aksi.[7]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]