Fadzil Zahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fadzil Zahari
Fadzil.jpg
Fadzil Zahari pada 2015.
KelahiranFadzil Bahri bin Zahari
(1983-08-04) 4 Ogos 1983 (umur 35)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penerbit, penulis skrip, pengurus artis
Tahun aktif2008–kini
PasanganYana Samsudin (berkahwin 2015)
AnakAisy Mateen
Ibu bapaDato' Dr. Zahari Che (bapa)
Datin Sharifah Badrah Syed Abdilllah (ibu)
SaudaraFarid Kamil (abang)
Diana Danielle (kakak ipar)
Laman webprokuyastudios.com

Fadzil Bahri bin Zahari atau lebih dikenali sebagai Fadzil Zahari (lahir 4 Ogos 1983) ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dan pemilik bersama syarikat Prokuya Studios.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Fadzil Bahari bin Zahari pada 4 Ogos 1983 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau merupakan anak kedua dari 5. Abang sulungnya, Farid Kamil terlebih dahulu menempa nama dalam bidang seni sebagai pelakon. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah. Masing-masing berkecimpung dalam bidang doktor perubatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya seninya pada awal 2008 sebagai penulis skrip filem. Dalam tahun 2010, beliau berjaya menghasilkan skrip untuk filem Kongsi arahan abangnya, Farid Kamil. Selain itu, beliau turut menulis skrip untuk beberapa filem termasuk Bini-Biniku Gangster, Pe3, Taikun dan Suami Aku Ustaz. Sebagai pelakon, beliau telah muncul dalam filem Bro, Nampak Motor Gua? dan juga beberapa drama TV termasuk Bini-Bini Perkasa, dan Rawan.[2] Beliau melakonkan watak Nazmi dalam Drama Adaptasi Novel bertajuk Kerna Syurga Bukan Percuma.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fadzil berkahwin dengan pelakon, Yana Samsudin pada 13 Februari 2015. Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik sahaja. Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Beliau dikatakan pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun 2015, sekali lagi Fadzil menghantar rombongan merisik pada 14 Disember 2014 seterusnya menetapkan tarikh pernikahan mereka.[3] Anak sulung beliau bersama Yana, Aisy Mateen[4] dilahirkan pada 20 Julai 2016.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Kongsi Tiada Farid Kamil Penulis skrip, idea asal
Bini-Biniku Gangster Tiada Ismail Bob Hasim
2013 Pe3 Tiada Farid Kamil
Taikun Tiada Ismail Bob Hasim
Adnan Sempit 3 Tiada Pelakon undangan
Bro, Nampak Motor Gua? Tiada Razif Rashid Pelakon pembantu
Tokan Tiada Ghaz Abu Bakar Penulis skrip, idea asal
Longkai Tiada Hashim Rejab Pelakon undangan
2015 Suami Aku Ustaz Tiada Ghaz Abu Bakar Penulis skrip
Gamatisme Tiada M. Hitler Zami

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Bini-Bini Perkasa Din Unta TV3
Rawan TV9
2014 Roda Penerbit, pengarah, penulis skrip, pelakon
Papa Yibbie Izham TV3
2015 Talak Mukhriz
Kapal Kertas Penerbit
2017 Kerna Syurga Bukan Percuma Nazmi Astro Oasis
2018 Split TV Series Muaz Astro Citra

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Idea Asal Terbaik Kongsi Dicalonkan
2013 Festival Filem Malaysia ke-26 Tokan Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]