Azlan Komeng
Azlan Komeng | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Azlan bin Kamiran 1976 (umur 44–45) |
Pendidikan | Diploma Seni Halus |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, pelagak ngeri, koreografer aksi |
Tahun aktif | 1994–kini |
Mohd Azlan "Komeng" Kamiran ialah seorang pelakon dan pelagak ngeri Malaysia. Beliau mendapat nama pentas Azlan Komeng daripada watak Komeng lakonan Allahyarham Idris Hashim dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak memegang watak pembantu dalam beberapa filem dan drama tempatan. Biarpun tidak pernah diberikan watak utama, beliau tetap menjadi rebutan pengarah dan penerbit.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Azlan memulakan kerjaya di industri seni pada tahun 1994 sebagai pelagak ngeri untuk drama-drama sekitar tahun 90an selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan lakonannya bermula pada tahun 2006, setelah pengarah Ahmad Idham memberikan peluang kepadanya untuk beraksi dalam filem Remp-It. Dalam filem itu, dia memegang watak sebagai Komeng, namanya sendiri. Pada tahun 2009, Rosyam Nor menawarkannya untuk membintangi dua drama iaitu, Dinasti Bilut dan Rahsia Hati.
Komeng memegang watak sebagai Lokman dalam filem Langgar arahan sulung Syed Hussein lakonan bersama Ady Putra, Namron, Zul Huzaimy dan Hans Isaac yang ditayangkan pada April 2013.[1] Beliau seterusnya membintangi filem Lari arahan Idham lakonan Aaron Aziz.[2][3]
Beliau kemudiannya diberikan watak utama dalam filem 1 Lawan Satu arahan Pierre Andre lakonan bersama Mikail Andre dan Along Eyzendy. Ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang mana beliau menjayakan peranan utama.[4]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Leftenan Adnan | Filem pertama | |
2004 | Puteri Gunung Ledang | ||
2005 | GK3 The Movie | ||
2006 | Remp-It | Komeng | |
2007 | Impak Maksima | ||
2011 | Senjakala | ||
Hikayat Merong Mahawangsa | |||
Kongsi | |||
Hantu Bonceng | Dani | ||
2012 | 8 Jam | Ketua Samseng | |
2013 | Pada Suatu Cinta Dahulu | Guru Besar | |
Dua Kalimah | |||
Langgar | Lokman | ||
Lari | Konco KJ | ||
1 Lawan Satu | Saleh | ||
Bencinta | Aduka Iraja | ||
Cinderella | Zamil | ||
2015 | Abang Lejen | Azlan | |
2019 | Geran | Kahar | |
Anak Perjanjian Syaitan | Ustaz Aznan | ||
2021 | Remp-It 2 |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | CID 3278 | TV9 | ||
2009 | Dinasti Bilut | TV1 | ||
Gerak Khas (Musim 11) | TV2 | Episod: "Aduhai Salina" | ||
Rahsia Hati | Astro Prima | |||
E-Toyol.com | TV3 | |||
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | TV2 | Episod: "Along" | |
Ustaz Amirul | Wahid | TV3 | ||
2017 | Gerak Khas (Musim 17) | TV2 | Episod: "Buruan" | |
2018 | Pujaan Hati Kanda | Megat Danial | TV3 | |
2020 | Kampung Pisang bersiri-siri | Astro Citra | Pelakon undangan |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Tangisan Langsuir | ||
2017 | Kasih Seorang Ayah | TV3 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
- ^ Raziatul Hanim A. Rajak (17 Mei 2013). Lari padat aksi Sinar Harian. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
- ^ Kemalia Othman (7 Jun 2013). 'Lari' Penuh Aksi Pertarungan mSTAR Online. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
- ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.