Fizo Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fizo Omar
Kelahiran Wan Hafizol bin Wan Omar
(1985-07-19) 19 Julai 1985 (umur 33)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Nama lain Fizzow Omar
Pendidikan Diploma Kejuruteraan Awam
Pusat pendidikan UiTM Arau, Perlis
Pekerjaan Pelakon, model, pengacara
Tahun aktif 2008 - kini
Ketinggian 179 cm
Pasangan Mawar Abdul Karim (berkahwin 2013)

Wan Hafizol bin Wan Omar (dilahirkan pada 19 Julai 1985) atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar ialah pelakon lelaki Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fizo lahir pada 19 Julai 1985 di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik [1] dan mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya keturunan Melayu sementara ibunya keturunan Siam dan Arab [2]. Ayahnya Wan Omar (80 tahun) meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Bharu akibat masalah ketumbuhan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, dia terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat Fizo apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005. Fizo bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya (yeke ni???)

Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak kerana dia secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan dia yang telah menghantar gambarnya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.

Juga dalam masa yang sama, Fizo telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.

Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya [3] .

Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut [4] .

Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan. Perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid [5] ..

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2013, Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara kira-kira jam 12.30 tengahari.Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. Idea lamaran ini dirancang hanya dalam tempoh 3 hari dan nampaknya membuahkan hasil serta mencipta kenangan terindah buat mereka berdua [6]. .

Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Beliau diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506 [7].

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram [8].

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, dan motosikal berkuasa tinggi. Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuntutan hutang RM 2.5 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2011, Fizo Omar (26 tahun) mendakwa namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat rakannya berjumlah RM2 juta.Beliau telah meminta khidmat guaman daripada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Fizo Omar pernah menjadi rakan kongsi dan lembaga pengarah syarikat percetakan itu di Damansara pada 2008. Beberapa bulan kemudian dia menarik diri dari syarikat itu.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Jeremy Din CJ Filem pertama
2011 Kongsi ASP Shariff Dato' Farid Kamil
2012 7 Petala Cinta Hamka Azhari Zain
Halim Munan Halim Munan Hashim Rejab
2013 Minyak Dagu Johan Azhari Zain
Sembunyi: Amukan Azazil Ahmad Kabir Bhatia
Hello Dr. Shafiq AR Badul
Cinderella Salman Ahmad Idham
2015 Romeo Kota Botak Dato' Aaron Aziz
Isyarat Cinta Ariel Bade Hj. Azmi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Skuad Elit Tommy
Puteri Salju Dr. Rafik
Gadis Merah Jambu Badri
2009 Bio-Nik Johan
La Dolce Amira Arif
Suraya Megat
Matahari
Cinta Sempurna Najib
2010 Jersi 9 Mokhtar
Bila Musang Berjanggut Putera Ashraf
Siti Kelembai Moin
2011 Soffiya Ilyas
2012 Cinta Buat Emelda Airil Fatah
Julia Amir
2013 Surat Langit Dari Biru Haykal
2015 Bidadari Indra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Tidak Sama Tetapi Serupa kekasih Belinda
2009 Bisikan Subuh Ariff
Bonanza Faizal
2010 Dollah Hapak Dollah Hapak
Cinta D Butt Danial
Wira Padang Pasir Tuan Razlan
2011 Keliru Madi
2013 Nur Sarah Danial
Andai Itu Takdir Firdaus
2015 Talak Badrul
Aku , Dia dan C70 Amirul
2018 Gerabak Cinta Remy

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Siti Di Alam Fantasi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
Gen-X Pengacara TV1
3 Hari 2 Malam Pengacara TV9
Pakar Kejelitaan Pengacara TV3
2015-16 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2016 Pencetus Ummah (musim ke-2) Pengacara Astro Maya HD

Iklan[sunting | sunting sumber]

Peragaan[sunting | sunting sumber]

  • Malaysian International Fashion Show (MIFA)
  • Lord's Tailor Fashion Show, Micheal Shoo Design Fashion Show (2009)
  • KL Bollywood Fashion Show
  • Converse Fashion Show (2008)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007/2008
Hero Remaja
Tempat ke-2 N/A Menang
  • Top 5, Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Top 5 Hot Guys (Fun, Fabulous, Fearless) - 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]