Kopitiam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah kopitiam di Singapura.

Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (店; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi". Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.


Kopitiam di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kopitiam boleh dijumpai di merata tempat di Malaysia. Istilah kopitiam di Malaysia merujuk kepada kedai kopi Cina yang lazimnya hanya menawarkan sajian Cina Malaysia.

Kopitiam dalam zaman moden[sunting | sunting sumber]

Kebelakangan ini munculnya sejenis "kopitiam baharu". Kelarisan kopitiam bergaya lama serta minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan telah mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. "Kopitiam baharu" ini merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasannya, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden dan bersih seperti pusat beli-belah dan bukannya rumah kedai.

Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati yang mana budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.

Bagi menawarkan pengalaman kopitiam sejati, kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur rebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan.

Peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.

Perbezaan antara kopitiam di Malaysia dan Singapura[sunting | sunting sumber]

Malaysia Singapura
Istilah kopitiam hanya merujuk kepada kedai kopi yang diniagakan oleh kaum Cina. Kopitiam boleh merujuk kepada kedai kopi yang diniagakan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum.
Sajian kopitiam lazimnya hanya terdiri daripada masakan Cina Malaysia. Sajian kopitiam terdiri daripada masakan pelbagai kaum di Singapura.
Maklumat sajian kopitiam tidak berapa padat; pelanggan lebih bergantung kepada gambar. Maklumat sajian lebih lengkap dan padat.
Istilah "kopitiam" tidak merujuk kepada gerai dan medan selera. Kopitiam juga merujuk kepada gerai dan medan selera.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]