Seri kaya (jem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roti bakar yang disapu dengan seri kaya
Seri Kaya
سري کاي
Coconut jam from Philippines.jpg
Sebotolmatamís sa báo (seri kaya) dari Filipina
Nama alternatif
  • sekaya
  • seri kaya
  • srikaya
  • matamís sa báo or matamís na báo
    (Filipina)
  • sangkhaya (Negara Thai)
  • cadé (Vietnam)
  • Kā yē 咖椰 (masyarakat cina)
JenisSapuan, pencecah
KawasanAsia Tenggara Maritim[1]
Masakan negara yang berkaitanSingapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Negara Thai
Bahan utamaKelapa, gula, telur
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Seri Kaya
سري کاي|Buku Masakan: Seri kaya (jem)]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Seri Kaya
سري کاي|Media: Seri kaya (jem)]]

Seri kaya (Jawi: سري كاي) atau juga dipanggil sekaya atau hanya kaya (bahasa Inggeris: Coconut jam), merujuk kepada sejenis sapuan manisan yang dimakan bersama roti. Ia diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Seri kaya terkenal di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Perkataan kaya dalam bahasa Melayu itu sendiri membawa kepada tekstur jem yang pekat dan manis.

Resipi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • santan pekat (500gm)
  • 5 biji kuning telur
  • 2 sudu besar. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)

Cara membuat[sunting | sunting sumber]

Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.

Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.

Resipi lain[sunting | sunting sumber]

Kaya digunakan dalam pencuci mulut seperti pada resipi pulut taitai atau pulut tekan, resipi gabungan pulut yang diwarnakan biru dengan ekstrak urang aring atau (bunga telang), dan pulut seri muka, pencuci mulut manis berwarna hijau dengan ekstrak pandan, digabungkan dengan pulut. untuk buat kuih seri kaya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hui, Siu-Ling (April 2004). Queen Victoria Market: History, Recipes, Stories (dalam bahasa Inggeris). Wakefield Press. ISBN 978-1-86254-601-1.