Kota Van

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Van
Kubu Kota Van
کوتا ۏن
Van Kalesi
Van, Turki

Kota Van dilihat daripada arah barat laut.
Jenis Kubu kota
Koordinat 38°30′12″N 43°20′21″E / 38.50321°N 43.339133°E / 38.50321; 43.339133
Dibina Abad ke-8 dan 7 SM
Bahan
binaan
Basalt tidak dilepa (bahagian dasar) dan batu-bata
Dimusnahkan Sebahagian
Keadaan
sekarang
Sebahagian besar tembok masih lagi kukuh.
Dibuka kepada
 awam
Ya

Kota Van (Jawi: کوتا ۏن, Armenia: Վանի Բերդ, juga dikenali sebagai Kubu Kota Van, Turki: Van Kalesi atau Bahasa Kurdi: Kela Wanê) ialah sebuah kubu batu yang dibina oleh kerajaan Urartu purba dalam linkungan kurun ke-9 hingga ke-7 SM, dan adalah kubu terbesar daripada yang lain. Ia menjaga puing-puing Tushpa, ibu negeri kerajaan kuno Urartu dari kurun ke-9 yang bertempat di sebuah cenerung. Beberapa kubu yang serupa ada terbina di seluruh kerajaan Urartu, dan biasanya menembusi lereng bukit dan singkapan di mana sempadan Armenia, Turki dan Iran bertemu. Puak-puak yang datang selepas Urartu seperti Medes, Achaemenid, Lamender, Parthia, Rumawi, Parsi Sassan, Byzantine, Arab, Saljuk, Safawiyah, Afshariyah, Uthmaniyah dan Rusia setiap satu mengawal kota ini dari semasa ke semasa. Lokasi kota purba ini adalah di barat Van dan timur Tasik Van di Wilayah Van di Turki.

Silva Tipple New Lake mengetuai sebuah kembara Amerika Syarikat ke puing-puing kota ini pada tahun 1938–40.[1]

Bahagian dasar Kota Van dibina dengan basalt yang tidak dilepa, sementara dindingnya dibina dengan batu-bata.

Kubu kota seperti ini digunakan untuk pengawalan dan pengawasan daerah, dan bukanlah benar-benar sebagai perlindungan daripada serangan luar. Puing-puing kubu kota berada di luar bandar Van kini, di mana ia menyokong tembok yang dibina dari zaman pertengahan.[2]

Prasasti Achaemenid[sunting | sunting sumber]

Prasasti Xerxes I berhampiran Kota Van

Sebuah prasasti tribahasa yang menghebat-hebatkan Xerxes Agung dari kurun ke-5 SM ada tertulis pada permukaan tembok yang licin, kira-kira 20 meter dari permukaan tanah berdekatan kota kubu ini. Ceruk tersebut asalnya diukir oleh bapa Xerxes iaitu Raja Darius I, tetapi beliau meninggalkan permukaan itu kosong. Prasasti tersebut berada dalam keadaan yang hampir sempurna dan terbahagi kepada tiga ruang dengan 27 baris yang ditulis (dari kiri ke kanan) dalam bahasa Parsi Kuno, Babilonia, dan Elam.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marquis-Who's Who, Inc. (1969–73). Who was who in America. with world notables (Jilid 5). Chicago, IL: Marquis-Who's Who. Dicapai 10 Jun 2019 dari sini.
  2. ^ Scarre, C. (Ed.). (1999). The Seventy Wonders of the Ancient World: The Great Monuments and how They Were Built. London, UK: Thames & Hudson.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]