Ku Bersuara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Ku Bersuara"
Single oleh Ernie Zakri
Dilancarkan pada
  • 7 Disember 2018 (single)
  • 12 Disember 2018 (muzik video)
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreBalada
Panjang3:21 minit
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisSyamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
PenerbitOmar K
Kronologi Kronologi single Ernie Zakri
""Misteri"
(2018)"
"Ku Bersuara" ""Buai Laju-Laju"
(2019)"
"Ku Bersuara" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Ku Bersuara" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Ernie Zakri dan dikeluarkan pada 7 Disember 2018 oleh Rocketfuel Entertainment. Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham. Ini merupakan rakaman pertama Ernie bersama Rocketfuel.[1][2][3] Pada November 2019, lagu ini terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[4][5][6] Ia juga menjadi lagu tema drama Syurga Untukmu yang bersiaran di TV3.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Ernie Zakri, "Ku Bersuara" berdasarkan daripada kisah hidup beliau sendiri. Ia mengangkat kisah sebenar beliau yang mewakili mangsa yang pernah dibuli secara fizikal dan emosi.[1]

"Lagu ini sangat istimewa sebab ia mengenai diri sendiri. Lagu sebelum ini kisahnya daripada komposer tetapi Ku Bersuara ialah idea asal saya. Malah, muzik video yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini pun berdasarkan kisah hidup saya".[1]

—Ernie Zakri mengulas mengenai lagunya.

Untuk "Ku Bersuara", Ernie bekerjasama dengan rakan duetnya, Syamel sebagai penulis lirik, manakala Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham mengarang lagunya. Lagu ini ialah sebuah lagu yang bergenre balada yang bersesuaian dengan kematangan vokal Ernie.[7] Mengingati kembali pada Februari 2020, beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama Astro Gempak bahawa beliau telah berkongsi klip video pendek yang merakamkan suara Syamel sewaktu menyampaikan draf pertama "Ku Bersuara" kepadanya.[8]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi "Ku Bersuara" dikeluarkan pada 12 Disember 2018. Dalam muzik video, Ernie mencurahkan sifat naratif terhadap wanita yang didera secara fizikal dan akhirnya mendapat kekuatan dengan mendedahkan pelakunya. Dalam temubual bersama The Star Online, beliau berkata: "Saya mahu menghasilkan lagu dengan mesej positif, lagu yang memperkasakan wanita. Bagi saya, ada banyak lagi lagu yang menyentuh pelbagai isu seperti penderaan,".[2] Muzik video ini menampilkan pelakon Que Haidar.[9]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Ernie mempersembahkan lagu "Ku Bersuara" secara langsung dalam Separuh Akhir Muzik Muzik di TV3 pada 22 November 2019.[10] Lagu ini turut dipersembahkan oleh beliau secara langsung di Anugerah Juara Lagu ke-34 pada 9 Februari 2020.[11]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[12]
  1. "Ku Bersuara" – 3:21

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 7 Disember 2018 Muat turun digital[12]
Media penstriman[13]
Rocketfuel Entertainment

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 "Ku Bersuara"
Finalis
[4][5]
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") Tercalon [14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Ku Bersuara rungkai kisah sebenar hidup Ernie Zakri". XTRA. 12 Disember 2018. Dicapai pada 18 September 2019.
  2. ^ a b Kenneth Chaw (12 Mac 2019). "Ernie Zakri talks about discrimination in new single, Ku Bersuara" [Ernie Zakri berbicara mengenai diskriminasi dalam single terbaharu, Ku Bersuara] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 19 September 2019.
  3. ^ Dennis Chua (21 Disember 2018). "#Showbiz: Ernie returns to singing solo" [#Hiburan: Ernie kembali menyanyi solo] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 September 2018.
  4. ^ a b "12 Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL34". eh.com.my. 29 November 2019. Dicapai pada 18 January 2020.
  5. ^ a b Serimah Mohd Sallehuddin (11 Februari 2020). "'Kebolehan Hafiz tiada pada penyanyi lain'". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Disember 2019). "Ernie nak lepas geram". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2020.
  7. ^ Budiey (20 Disember 2018). "Ernie Zakri lancar single terbaru, Ku Bersuara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2019.
  8. ^ Mya Amri (8 Februari 2020). "This is Gold! Ernie dedah Ku Bersuara versi Syamel, memang ramai tak puas dengar". Astro Gempak. Dicapai pada 19 September 2020.
  9. ^ Khai Azfar (13 Disember 2018). "Kaitan dengan Que Haidar, Ernie Zakri akhrinya bersuara". Murai.my. Dicapai pada 19 September 2019.
  10. ^ "Ku Bersuara - Ernie Zakri: Separuh Akhir Muzik Muzik 34". TV9MALAYSIA Official. 22 November 2019. Dicapai pada 19 September 2019.
  11. ^ Attiqah Mohd (9 Februari 2020). "Ernie Zakri dedah kisah sebenar di sebalik lagu Ku Bersuara dan kongsi persiapan AJL34 penuh drama". XTRA. Dicapai pada 19 September 2020.
  12. ^ a b "Ku Bersuara - Single by Ernie Zakri". iTunes (MY). 7 Disember 2018. Dicapai pada 19 September 2019.
  13. ^ "Ku Bersuara - Single by Ernie Zakri". Spotify. 7 Disember 2018. Dicapai pada 19 September 2019.
  14. ^ Mustazah GP (3 March 2020). "Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020". iluminasi.com. Dicapai pada 4 Mac 2020.