Pergi ke kandungan

Que Haidar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar
Bersama Liyana Jasmay dalam filem Papadom.
Kelahiran
Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar

(1979-05-30) 30 Mei 1979 (umur 46)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, penulis skrip, pengarah
Tahun aktif2001–kini
PasanganLinda Jasmine Hashim Murad Mohamed Hashim (k. 2009; c. 2024)
Anak-anak
  • 1. Qalif Khan Khan Imran Abdullah
    (Bekas anak lelaki tiri)
  • 2. YM Tengku Ratu Haidar Tengku Iskhan Shah
    (Anak perempuan)
  • 3. YM Tengku Cleopatra Haidar Tengku Iskhan Shah
    (Anak perempuan)
Ibu bapa
  • Almarhum Tengku Haidar Tengku Daud
  • Allahyarhamah Rahmah Hussein
Kerabat
Keluarga

Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar (lahir 30 Mei 1979) [Nota 1] merupakan salah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, penulis skrip dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.

Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura dan Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan. [perlu rujukan]

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Pierre Andre, Jehan Miskin dan Bront Palarae. Filem-filem popular beliau ialah Zombi Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan dua tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu (2007) dan Terlerai Takbir Kasih (2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta tiga kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada tahun 2006, 2009 dan 2014.[perlu rujukan]

Que membuat keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine.[1] Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan hanya akan mengambil tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sejak itu beliau tidak muncul di layar lebar/kaca TV sekerap dulu tetapi setiap karyanya mutakhir ini mendapat perhatian yang baik antaranya filem pecah panggung Lagenda Budak Setan, Rock Oo! (2013) dan drama televisyen Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi. Pada tahun 2013, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim ke-10.

Selain berlakon, ketika awal kemunculan beliau pernah menganggotai kumpulan pop Sho-gun tetapi mereka tidak sempat merakamkan album penuh. Bakat nyanyiannya boleh dilihat menerusi filem Rock dan Rock Oo! apabila diberi peranan sebagai penyanyi.[perlu rujukan]

Sejarah Keluarga

[sunting | sunting sumber]

Que Haidar mempunyai susur galur dari sejarah Kesultanan Kedah. Hal ini setelah didapati beliau adalah pewaris susur galur kepada Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu’azzam Shah I[2], seorang Raja Muda Kedah ke-11, Wizurai Selangor dan menantu kepada Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Abdullah, Sultan Selangor ke-4.

Berikut adalah salasilah keturunan beliau :

1.Tengku Iskhan Shah bin Almarhum Tengku Haidar

2.Tengku Haidar bin Almarhum Tengku Daud

3.Tengku Daud bin Almarhum Tengku Haidar ‘Ali Shah

4.Tengku Haidar ‘Ali Shah bin Almarhum Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin

5.Tunku Dhiauddin @ Tengku Kudin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu’azzam Shah I, Raja Muda Kedah ke-11

6.Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-23

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Sekitar Ogos 2017, Que mendapat kecaman ramai pihak susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan mengenai segelintir pelakon "kayu" yang banyak memenuhi drama tempatan. Beliau turut meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir pelakon baharu yang tidak menghadiri bengkel lakonan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).[3] Kenyataan beliau mengundang kemarahan pelakon dan pengarah, Aziz M. Osman yang menyifatkan beliau tidak rasional.[perlu rujukan]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 KL Menjerit 1 Ku Idzham Filem pertama
Rock Amy Mat Piah
2006 Castello Sepet
Senario Pemburu Emas Yamashita Jali
Bilut Yusof Yazid
Cinta Muhammad Dhani
2007 Syaitan Saad
Zombi Kampung Pisang Deris
Badai Pasti Berlalu Arief Filem Indonesia
Haru Biru Kid
2008 Cuci Penyanyi Penampilan khas
Selamat Pagi Cinta Azam
2009 Maut JJ
Skrip 7707 Zack
Setem Iskandar
Papadom Mat
My Spy Lelaki Cina
Duhai Si Pari-Pari Syadon
2010 Lagenda Budak Setan Azmi
2011 Misteri Jalan Lama Ilya
2013 Rock Oo! Amy Mat Piah
2014 Gila Baby Penampilan khas
Ophilia Ozi Gandum
2026 Malaikat Malam Arash
Zero Dr. Arif
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Kasih Nurlisa TV1 Drama pertama
2006–2007 Gol & Gincu The Series Ikan 8TV
2007 Dunia Baru Umarah TV3
Susuk (Musim 2) JJ
2008 KL Menjerit The Series Opie Astro Ria
2009 Cinta Untuk Ain Shahrul TV3
2026 Pak Su Ammara Pak Su / Firdaus Astro Ria

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Toll Gate Girl VCD Telefilem pertama
2006 Misi: XX-Ray Jali TV3
2007 Tuhan Pun Tahu
2008 Terlerai Takbir Kasih Faizal
Sebelum Sejadah Dibentang Aiman
Orang Minyak Naik Minyak Astro Prima
2015 Cahaya Malaika Ezra TV3
2018 Malek Majid Astro Citra Juga sebagai penerbit eksekutif
2020 Pencipta Pegang Waktu Zakree (Zee) TV3 Juga sebagai cerita asal
Yang Tersembunyi Zharif TV Okey
2022 Lebai Sampan Hatta Astro Citra
Bahalol TV2 Juga sebagai pengarah, cerita asal dan penerbit eksekutif
2025 Rombengan Masri Astro Prima

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Spontan (Musim 1) Tetamu undangan Astro Warna Episod 16 & 20
2020 Sepahtu Reunion Al-Puasa Polis Kameo: Episod: "Kembali Terjalin"
Tahun Tajuk Watak Untuk
2025 Rahsia Tuhan Proton & Little Joe

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu
2017 "Kisah Cinta"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2008 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2006 (FFM 19) KL Menjerit 1 Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Tercalon
Castello Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Menang
2009 (FFM 22) Maut Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Papadom Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
2010 (FFM 23) Lagenda Budak Setan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
2015 (FFM 27) Ophilia Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2008 Tuhan Pun Tahu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Menang
2009 Terlerai Takbir Kasih Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
Anugerah Seri Angkasa
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2022 Pencipta Pegang Waktu Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Tercalon
2024 Bahalol Pengarah Drama TV Terbaik Tercalon
Lebai Sampan Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Menang
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Scha Al-Yahya yang empat tahun lebih muda daripadanya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]