Anugerah Juara Lagu ke-34

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Anugerah Juara Lagu 34
TV3
Tarikh 9 Februari 2020
Tempat Axiata Arena, Bukit Jalil[1]
Pengacara Awal Ashaari
Haziq Hussni
Sherry Alhadad
Penerbit Primeworks Studio
Juara Lagu Sumpah
nyanyian Naim Daniel
(gubahan: Naim Daniel & Omar K/
lirik: Naim Daniel)
 < ke-33 Anugerah Juara Lagu ke-35 > 

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2019.

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. [2] Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15, 22 dan 29 November 2019.

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Persembahan di pentas akhir telah diadili oleh 10 orang juri iaitu Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish dan Ajai selaku ketua juri.[3] Pentas AJL34 juga turut menawarkan peluang buat penonton untuk mengundi atas talian bagi kategori Persembahan Terbaik yang akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan, manakala baki 50 peratus adalah daripada juri profesional.[4]

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis yang berentap di AJL34 mengikut turutan persembahan.

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Dinda" Ali Sariah Kumpulan Kugiran Masdo [5] △ - Kugiran Masdo Empire Finalis
2 "Sumpah" Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) Aina Abdul [6] △ - Mekar Jaya Ent
3 "Rampas" Akim Ahmad (Hang Nadim)
Zarimi Zahari (Laq)
Stacy Anam (Bunga Cantik) Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
[7] NOVA Muzik
4 "Ragaman" Faizal Tahir
Michael Chan Wai Keong (Mike Chan)
Abdul Karim Radzali (Romeo)
Faizal Tahir
Michael Chan Wai Keong (Mike Chan)>br> Abdul Karim Radzali (Karim Karam)
Azhar Ja'far (Ja'are) [8]
Faizal Tahir (digantikan oleh Fairuz Misran) "Rojak" [9] Warner Music - Faithful Music
5 "Ku Bersuara" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Syameel Aqmal (Syamel)
John Jevasingham
Ikhwan Fattana Mokhtar (Blaine Bakri)
Ernie Zakri [10] Rocketfuel Entertainment
6 "Anta Permana" Ezra Kong
Hael Husaini Razmi
Siti Nurhaliza (digantikan oleh Bob Yusof) [11];
kemudian dimuatkan dalam "ManifestaSITI2020" (2020)[12]
Universal Music- SNP Ketiga
7 "Peneman" Tam Mustafah Hazama Azmi
Kumpulan The Penglipurlara
[13] NOVA Muzik Finalis
8 "Kisah Cinta Kita" Ikhwan Fattana Mokhtar
Ayden Ali
Zaidah Awang (A. Aida) Hafiz Suip [14] NOVA Muzik Persembahan Terbaik
Vokal Terbaik
9 "Sumpah" Omar Khan Rahmattullah Khan
Muhammad Naim Daniel Baharin
Muhammad Naim Daniel Baharin Naim Daniel [15] World Peace Entertainment Juara
10 "Bangun" D. Navindran (Navigator) Aman Jamaluddin (Aman RA) Aman RA "Rebel" [16] Universal Music- Keramat Records Naib Juara
11 "Drama" Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin (Aepul Roza)
Ammar Habir
Mohd Nor Firdaus Abu Bakar (Daus SRK)
Faeez Halim
Kumpulan Drama Band [17] Indigital Music Finalis
12 "Lembah Kesepian" Fadzrin Zulkurnain Yusof (Ibnu)
Ridzuan Haqiem Rusli
Sharman Daniel (Ghoufran)
Ridzuan Haqiem Rusli
Haqiem Rusli [18] Fantasia Music City

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu - Sumpah (Naim Daniel), RM 50,000 dan trofi
  • Naib Juara - Bangun (Aman RA), RM 35,000 dan trofi
  • Tempat Ketiga - Anta Permana (Bob Yusof), RM 20,000 dan trofi
  • Vokal Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM 12,000 dan trofi
  • Persembahan Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM10,000 dan trofi
  • Anugerah Pilihan Peminat Setel - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), trofi.

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Rangkuman Acara[sunting | sunting sumber]

  • Hafiz Suip menjadi penyanyi pertama yang mengungguli kategori Vokal Terbaik sebanyak empat (4) kali sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, beliau pernah memenangi kategori tersebut pada AJL25, AJL26 dan AJL27.
  • Dato' Sri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewa semasa persembahan lagu "Anta Permana" yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
  • Finalis AJL34 diberikan jolokan "power final" oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.[1][19]
  • Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu "Bangun" layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.
  • Penampilan pertama di pentas akhir AJL buat penyanyi seperti Naim Daniel,Kugiran Masdo,Aina Abdul dan Fairuz Misran(menggantikan Faizal Tahir).
  • "Ragaman" dan "Anta Permana" masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
  • AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu "Kasih Tercipta" pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.[20]
  • 3 band/kumpulan berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Drama Band,Kugiran Masdo dan Kumpulan Akim & The Majistret.
  • Persembahan Aina Abdul yang bermotifkan membunuh diri/berdarah mengundang rasa kurang senang pihak yang terlibat dalam Sektor Kesihatan apabila memuatnaik kritikan di Facebook rasmi Public Health Malaysia, perbuatan ini jelas melanggar garis panduan yang ditetapkan.[21]
  • Persembahan Drama Band yang bermotifkan badut dan sikap hipokrit menampilkan kritikan sosial yang lantang dan bertenaga dalam persembahan mereka malangnya mendapat kritikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka kerana melibatkan isu politik.
  • Instrumen Gitar, Bass dan Keyboard yang tidak dimainkan semasa persembahan Hazama & Penglipurlara adalah simbolik kepada rakan-rakan pemuzik yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini iaitu, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U (keyboard),[3] Fauzi Samin aka Aji (gitar)[4] dan Ally Rahman @ Wan Kelly Abd Rahman (bass)[5] mereka adalah pemuzik yang berkecimpung sejak sekian lama dalam industri muzik tanah air.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b [1]. Harian Metro. Diterbitkan pada 30 November 2019. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  2. ^ "Separuh Akhir 34 Muzik Muzik, Siapa bakal Jadi Finalis". Del14 (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 13 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/654172/sumpah-naim-daniel-juara-ajl34
  4. ^ https://www.xtra.com.my/ajl34/index.html
  5. ^ https://music.apple.com/us/album/dinda-single/1551965465
  6. ^ https://music.apple.com/us/album/sumpah/1456133769?i=1456133778
  7. ^ https://music.apple.com/us/album/rampas/1434530010?i=1434530019
  8. ^ https://www.instagram.com/azhar_j_a_a/?hl=en
  9. ^ https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-Rojak/release/13973231
  10. ^ https://music.apple.com/us/album/ku-bersuara-single/1459882571
  11. ^ https://music.apple.com/us/album/anta-permana-single/1436570988
  12. ^ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
  13. ^ https://music.apple.com/us/album/peneman/1459203086?i=1459203088
  14. ^ https://music.apple.com/us/album/kisah-cinta-kita/1454604405?i=1454604406
  15. ^ https://music.apple.com/us/album/sumpah-single/1459123146
  16. ^ https://music.apple.com/us/album/rebel/1417843824
  17. ^ https://music.apple.com/us/album/drama-single/1453483887
  18. ^ https://music.apple.com/us/album/lembah-kesepian-single/1468135234?i=1468135238
  19. ^ [2]. Harian Metro. Diterbitkan pada 2 Disember 2019. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  20. ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2019-12-16. Cite has empty unknown parameter: |4= (bantuan)
  21. ^ https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2548366495453207/?type=3&theater