Kuini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuini
Mangif odor 071229-2990 khjo.jpg
Status pemuliharaan

Kekurangan data (IUCN 2.3)
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Sapindales
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Mangifera
Spesies: M. odorata
Nama binomial
Mangifera odorata
Griffith

Kuini, nama saintifiknya ialah Mangifera odorata[1] merupakan spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae dan menyerupai mangga. Kuini terdapat di Guam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Kuini atau Mangifera odorata berasal dari Asia tropika, khususnya Malaysia Barat. Buah ini berwarna oren terang dan apabila masak manis berair. Pokok ini mempunyai ciri yang berbeza, iaitu mengeluarkan bau resin wangi. Pokok kuini berbunga sepanjang tahun dan bunganya juga amat harum. Getah pada buah Kuini yang belum masak adalah beracun

Kuini (Mangifera odorata) yang biasa ditemui di hutan Malaysia Timur (Borneo) mempunyai bentuk sfera, hampir bulat, hijau gelap dan hijau apabila masak. Ia mempunyai bau yang kuat yang boleh dikesan dari jauh.

Pokok kuini
Buah kuini
Perbandingan buah macang (kiri) dengan kuini (kanan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]