Larut Selatan (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Larut Selatan
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Larut Selatan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Matang dan Taiping.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Larut Selatan ialah Ng Hoe Hun dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Larut Selatan terletak di timur laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan Selat Melaka di baratnya.[1] Ia diciptakan dari Larut-Matang. Walaubagaimanapun, kawasan Larut Utara telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Matang dan Taiping. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Larut Selatan. Mereka ialah Lim Swee Aun dari Parti Perikatan, C.H. Yin dari Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Md Yunus Md Hashim dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Lim Swee Aun telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 11,218.[3]

Kawasan parlimen Larut Selatan merangkumi tujuh mukim dalam Daerah Larut dan Matang, Kampung Boyan, Haji Kampong, Kota Raja, Tupai dan bahagian selatan Jalan Swettenham di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.[4]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Larut Selatan
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Larut-Matang
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Lim Swee Aun (林瑞安) Perikatan (MCA) 11,218 4,774
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Lim Swee Aun (林瑞安) Perikatan (MCA) 11,218 4,774
ke-2 1964-1969 18,906 13,826
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1973 Ng Hoe Hun (黄和汉) GERAKAN 15,641 4,867
1973-1974 Barisan Nasional (GERAKAN)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Matang dan Taiping.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian % ∆%
Gerakan Ng Hoe Hun 15,641 49.85
Perikatan Lim Swee Aun 10,774 34.34
PMIP Md Tahir Abdul Rauf 4,962 15.81
Jumlah undian sah 31,377 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,233
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 32,610 68.69
Pemilih berdaftar 47,472
Majoriti 4,867
Gerakan ambil alih dari Perikatan Unjuran ?
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Lim Swee Aun 18,906 63.22
UDP Lim Eng Chuan 5,080 16.99
MPSF Othman Abdullah 3,185 10.65
PMIP Abdul Rahman Abdul Hamid 2,734 9.14
Jumlah undian sah 29,905 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,124
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 31,029 75.85
Pemilih berdaftar 40,909
Majoriti 13,826
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Lim Swee Aun 11,218 54.11
PPP C. H. Yin 6,444 31.08
PMIP Md Yunus Md Hashim 3,071 14.81
Jumlah undian sah 20,733 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 148
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 20,881 63.99
Pemilih berdaftar 32,633
Majoriti 4,774
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  5. ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
  7. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  8. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  9. ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  10. ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]