Lim Kean Siew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat

Lim Kean Siew
Ahli Parlimen
untuk Dato Keramat, Selangor (?)
Butiran peribadi
LahirTemplat:Country data Selangor (?) Dato Keramat, Selangor (?)
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Lim Kean Siew merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Dato Keramat, negeri Pulau Pinang (?) (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.


Parti MCA menuntut 40 kawasan yang kaum Cina menjadi majoriti hendaklah diwakili oleh calon MCA. Ketika ini MCA masih diterajui oleh Lim Chong Eu menuntut agar Perdana Menteri Malaysia,Tunku Abdul Rahman setuju dengan syarat itu supaya UMNO tidak mudah mengubah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi Tunku sedang 'bercuti' dari jawatan Perdana Menteri dan menjelajah, berkempen ke seluruh pedalaman Semenanjung Malaysia . Wartawan sukar menghubunginya untuk mendapat jawapan kerana Tun Razak tidak memberi jawapan tegas.Tarikh pilihan raya semakin suntuk .[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Anak Apak' oleh Subky Abdul Latif, hlm