Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan 2018 terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Menteri Besar bagi memegang portfolio tertentu. Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun dari Parti Keadilan Rakyat yang membentuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama-sama Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara. Buat pertama kalinya, kerajaan negeri mengalami peralihan parti pemerintah dari kebiasaannya Barisan Nasional kepada parti lain pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018.[1]

Majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diadakan dalam satu upacara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.[2]

Keanggotaan semasa (2018-kini)[sunting | sunting sumber]

Nama Perwakilan Parti Portfolio
Dato' Seri Aminuddin Harun Sikamat PKR Menteri Besar

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam;

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam;

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan;

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Teo Kok Seong Bahau DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru
Dato' Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek Ampangan PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan
Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani Paroi Amanah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan
Dato' Ismail Ahmad Labu PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar
Arul Kumar Jambunathan Nilai DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam
Dato' Bakri Sawir Klawang Amanah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani
Veerapan Superamaniam Repah DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan
Mohamad Nazaruddin Sabtu Pilah PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
Nicole Tan Lee Koon Bukit Kepayang DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan
Choo Ken Hwa Lukut PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional

Rujukan[sunting | sunting sumber]