Kerajaan Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
Coat of arms of Negeri Sembilan.svg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 Februari 1948; 72 tahun yang lalu (1948-02-01)
Di bawah bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatWisma Negeri
70503 Seremban
Belanjawan tahunanRM 457 juta (2020)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Tuan Mohd Azhar Mohd Yusoff, Penasihat Undang-undang Negeri
  • Dato' Mohd Khidir Majid, Pegawai Kewangan Negeri
Agensi induk
Kerajaan Malaysia
Tapak webKerajaan Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Negeri Sembilan merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Negeri Sembilan. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, undang-undang tertinggi di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan berpusat di pusat pentadbiran negeri, Seremban.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Sembilan adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Negeri Sembilan ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem persekutuan yang beroperasi seragam di seluruh negara.

Badan Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Ketua kerajaan[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar ialah ketua kerajaan di Negeri Sembilan. Beliau secara rasminya dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar, ketua negeri Negeri Sembilan, selepas mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan. Menteri Besar dan Majlis Eksekutifnya akan bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Pejabat Menteri Besar terletak di dalam Wisma Negeri di Seremban.

Senarai Menteri Besar Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Nama Parti Mula khidmat Tamat khidmat
Tun Abdul Malek bin Yusof - 1948 1953
Mohamad Salleh bin Sulaiman - 1950 1951
Tun (Dr) Haji Aziz Majid - April 1952 1952
Dato' Shamsuddin bin Naim - 1953 1959
Mohamad Shariff bin Abdul Samad - April 1959 Jun 1959
Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad Perikatan 1959 1969
Dato' Mansor bin Othman BN 1969 1978
Dato' Seri Utama Rais Yatim BN 1978 1982
Tan Sri Isa Abdul Samad BN 1982 2004
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan BN 2004 2018
Dato' Seri Aminuddin Harun PH 12 Mei 2018[2] kini

Kabinet[sunting | sunting sumber]

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan membentuk cawangan eksekutif kerajaan negeri Negeri Sembilan dan berfungsi sama dengan Kabinet Persekutuan Malaysia. Majlis Eksekutif terdiri daripada Menteri Besar, dan antara empat dan 10 ADUN dari Dewan Undangan Negeri Sembilan. Selain itu, tiga orang ex officio anggota Majlis Eksekutif adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Nama Perwakilan Parti Portfolio
Dato' Seri Aminuddin Harun Sikamat PKR Menteri Besar
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam;
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan;
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Teo Kok Seong Bahau DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru
Dato' Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek Ampangan PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan
Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani Paroi Amanah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan
Ismail Ahmad Labu PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar
Arul Kumar Jambunathan Nilai DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam
Bakri Sawir Klawang Amanah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani
Veerapan Superamaniam Repah DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan
Mohamad Nazaruddin Sabtu Pilah PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
Nicole Tan Lee Koon Bukit Kepayang DAP Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan
Choo Ken Hwa Lukut PKR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional

Badan Perundangan[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Undangan Sembilan ialah cawangan perundangan kerajaan negeri Negeri Sembilan. Badan perundangan unikameral terdiri daripada 36 kerusi yang mewakili 36 kawasan Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan, dengan setiap kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih. Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang di Wisma Negeri, Seremban

Badan perundangan mempunyai mandat maksimum lima tahun[3] oleh undang-undang dan mengikuti sistem pelbagai parti; parti pemerintah (atau gabungan) dipilih melalui sistem pemenang undi terbanyak. Yang di-Pertuan Besar boleh membubarkan badan perundangan pada bila-bila masa dan biasanya berbuat demikian atas nasihat Menteri Besar.

Seorang Yang di-Pertua dipilih oleh Dewan Undangan Negeri untuk mempengerusikan proses dan perdebatan legislatif. Yang di-Pertua boleh atau tidak boleh menjadi Ahli Dewan Negeri yang dipilih.

Pentadbiran negeri[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran kerajaan negeri Negeri Sembilan dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan negeri yang diketuai oleh para Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terletak di Wisma Negeri, Seremban. Atas sistem Federalisme, pentadbiran kerajaan negeri turut dilengkapi agensi kerajaan persekutuan yang beroperasi kebanyakannya di Wisma Persekutuan, Seremban.

Pentadbiran daerah[sunting | sunting sumber]

Negeri Sembilan mempunyai 7 buah daerah. Setiap daerah ditadbir oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin. Terdapat juga sebuah daerah kecil yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil dan Tanah dalam daerah Tampin, iaitu Gemas. Daerah kecil ini diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Pentadbiran adat[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran adat di Negeri Sembilan mepunyai 4 lapisan dan berkonsepkan demokrasi. Lapisan paling bawah ialah Perut yang diketuai oleh Buapak. Buapak menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan dengan adat dan hukum. Selain Buapak, Lembaga Ibu Soko juga berperanan menjadi rujukan berkaitan peradaban dan kehidupan adat peringkat bawah. Lapisan kedua pula ialah Suku yang mengumpulkan beberapa Perut. Suku diketuai oleh Dato' Lembaga. Lapisan ketiga ialah Luak. Terdapat 4 buah Luak utama di Negeri Sembilan iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Luak utama diketuai oleh seorang Dato' Undang. Selain itu, terdapat satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung terdiri daripada lima luak kecil iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak. Lapisan keempat ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri yang dibantu oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

Pihak berkuasa tempatan[sunting | sunting sumber]

Bagi pentadbiran kerajaan tempatan, negeri ini dibahagikan kepada tujuh buah pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada sebuah Majlis Bandaraya, 2 Majlis Perbandaran dan 4 Majlis Daerah. Majlis Bandaraya diketuai oleh Datuk Bandar, manakala Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah diketuai oleh Yang di-Pertua Majlis.

Majlis Bandaraya[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]