Islam di Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian


Islam merupakan agama yang terbesar di Arab Saudi, dengan kira-kiranya 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Mengikut jumlah peratus ini, seluruh warga Arab Saudi beragama Islam; warga bukan Islam terdiri dari pekerja asing. Antara 80-90% daripada penganut Islam di Arab Saudi adalah mazhab Sunni dari sekolah Hanbali Salafi akan tetapi di utara Arab Saudi terdapat komuniti daripada sekolah Syafii dan juga Hanafi manakala antara 10-15% adalah dari mazhab Syiah. Mazhab Syiah kebanyakannya tinggal di barat daya Arab Saudi berhampiran dengan Iran, Iraq, Bahrain dan Kuwait (negara-negara ini mempunyai jumlah Syiah yang besar) dan juga Yaman. Majoriti Syiah di Arab Saudi adalah dari cabang Imamiyyah akan tetapi Syiah yang bersempadan dengan Yaman adalah dari cabang Zaidiyah, terdapat juga sekumpulan kecil dari cabang Ismailiyah. Selain daripada Sunni dan Syiah terdapat juga sekumpulan dari Ahmadiyyah akan tetapi Ahmadiyah tidak dibenarkan masuk ke Arab Saudi disebabkan perbezaan kepercayaan terutama sekali berkaitan dengan status Nabi, Imam Mahdi dan Al-Masih.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]