Malaikat pelindung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaikat pelindung adalah malaikat yang memiliki tugas untuk melindungi dan membimbingi seseorang.

Fahaman Kristian[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan bahawa Tuhan mengirimkan Roh untuk melindungi seorang insani merupakan sebuah kepercayaan yang tersebar luas dalam falsafah Yunani kuno. Plato juga menulisnya pada dialognya Phaedo. Dengan cara yang sama, kepercayaan ini muncul dalam Perjanjian Lama. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak secara spesifik diterangkan. Henokh 100:5 berkata bahawa mereka yang baik memiliki malaikat pelindung. Dalam Kitab Kisah Para Rasul 12:15 -- "Kata mereka kepada perempuan itu: "Engkau mengigau." Akan tetapi ia tetap mengatakan, bahawa benar-benar demikian. Kata mereka: "Itu malaikatnya." -- ada sebuah rujukan tersirat mengenai kepercayaan ini. Dalam Injil Matius 18:10 Jesus bersabda bahawa anak-anak dilindungi oleh malaikat pelindung:

"Ingatlah, jangan menganggap rendah seorang dari anak-anak kecil ini. Kerana Aku berkata kepadamu: Ada malaikat mereka di syurga yang selalu memandang wajah Bapa-Ku yang di syurga." (Terjemahan Baru)"

Pertanyaan tentang adakah malaikat pelindung menjaga setiap orang?, tidaklah secara konsisten dipercayai atau dipegang dalam pemikiran umat-umat Kristian.

Santo Ambrosius percaya bahawa orang-orang suci kehilangan malaikat pelindung mereka agar mereka boleh berjuang dan tetap tekun dengan lebih hebat. Santo Hieronimus dan Basilius berkata bahawa dosa menjauhkan manusia dari malaikat pelindung. Konsep malaikat pelindung dan hierarki mereka dikembangkan secara luas oleh Pseudo-Dionisius dari Areopagus pada abad ke-5 dan memiliki pengaruh yang kuat pada seni dan devosi kerakyatan.

Teologi Gereja Kristian pertama yang menguraikan skema yang spesifik untuk malaikat pelindung adalah Honorius dari Autun. Ia mengatakan bahawa pada saat ia memasuki tubuh kepada setiap jiwa ditetapkan seorang malaikat pelindung. Thomas Aquinas setuju dengan pendapat ini dan menerangkan lebih jauh bahawa malaikat yang paling rendah peringkatnyalah yang berfungsi sebagai pelindung. Namun Duns Scotus mengatakan bahawa malaikat apapun juga dapat menerima misi tersebut.

Keyakinan tentang malaikat pelindung ini diungkapkan oleh doktor dan ahli falsafah Inggeris iaitu Sir Thomas Browne (1605-82), yang menyatakan dalam bukunya Religio Medici (Bahagian 1, alinea 33):

Oleh kerana itu, tentang Roh-roh, saya sama sekali tidak menyangkal kewujudan mereka, bahkan saya dengan mudah mempercayainya bahawa bukan hanya seluruh negara, melainkan orang-orang secara khusus memiliki Pendampingnya, dan Malaikat Pelindung: Ini bukanlah pandangan baru dari Gereja Rom, melainkan pandangan lama sejak Pythagoras dan Plato; dalam hal ini ajaran ini tidak mengandungi ajaran sesat, dan meskipun tidak secara tegas dinyatakan di dalam Kitab Suci, ajaran ini merupakan suatu pandangan yang baik dan bermanfaat di dalam perjalanan dan hidup manusia dan tindakan-tindakannya, dan dapat berfungsi sebagai sebuah hipotesis untuk menghapuskan banyak keraguan, yang pemecahannya tidak diberikan dalam falsafah biasa.

Kepercayaan akan adanya malaikat pelindung merupakan bahagian tidak terpisahkan dari depositum fidei agama Kristian Katolik dan diteliti dalam Angelologi (bidang pengajaran tentang para malaikat). Untuk menghormati para malaikat, maka masyarakat Kristian sering kali merayakan Pesta Malaikat Pelindung yang dirayakan pada 2 Oktober.

Doa malaikat pelindung[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Inggeris
Angel of God, my guardian dear
to whom God's love commits me here.
Ever this day be at my side to
light and guard and rule and guide.
Amen.
  • Bahasa Melayu
Wahai malaikat Tuhan, pelindungku
Yang diserahi Tuhan untuk melindungi daku,
Terangilah dan bimbinglah daku,
Dalam menjalani tugas-tugasku, pada hari ini,
Amin.

Fahaman Islam[sunting | sunting sumber]

Di dalam Islam, Malaikat pelindung lebih dikenali dengan nama malaikat Hafazhah atau penjaga.[1] Para malaikat yang ditugaskan menjaga seorang hamba Allah dalam segala kegiatannya.

Para malaikat itu disebut Mu’aqqibat, sebagaimana yang diberitakan Allah dalam firmannya:

Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. (Ar-Ra’du,10-11)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malaikat Penjaga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 2009-07-26.