Markas Angkatan Armada Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Angkatan Armada Amerika Syarikat
(USFF)
Mohor Panglima Markas Angkatan Armada Amerika Syarikat
Ditubuhkan pada1906; 118 tahun yang lalu (1906)
Kesetiaan Amerika Syarikat
CawanganBendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat
JenisMarkas pembekalan-Tentera
Sebahagian daripadaMarkas Utara A.S.
PangkalanNaval Support Activity Hampton Roads, Norfolk, Virginia, A.S.
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
Perang Vietnam
Perang Global terhadap Keganasan
Laman webwww.usff.navy.mil
Komander
PanglimaADM Daryl L. Caudle
Timbalan PanglimaVADM John E. Gumbleton
Naib PanglimaRADM Kenneth R. Blackmon
Fleet Master ChiefFLTCM John J. Perryman IV

Markas Angkatan Armada Amerika Syarikat atau United States Fleet Forces Command (USFF)[1] ialah markas komponen khidmat Tentera Laut Amerika Syarikat yang menyediakan pasukan tentera laut untuk pelbagai jenis ketumbukan AS. Sumber-sumber tentera laut boleh diperuntukan kepada Panglima Medan seperti Markas Utara Amerika Syarikat (USNORTHCOM) dibawah kuasa Setiausaha Pertahanan. Pada asalnya ditubuhkan sebagai Armada Atlantik Amerika Syarikat (USLANTFLT) pada tahun 1906, ia telah menjadi bahagian penting pertahanan Amerika sejak awal abad ke-20. Pada tahun 2002, Armada itu mengandungi 118,000 anggota Tentera Laut dan Kor Marin yang bertugas di 186 kapal dan 1,300 pesawat, dengan kawasan tanggungjawab yang merangkumi sebahagian besar Lautan Atlantik dari Kutub Utara hingga Kutub Selatan, Laut Caribbean, Teluk Mexico, dan perairan Lautan Pasifik disepanjang pantai Amerika Tengah dan Amerika Selatan (sehingga barat Kepulauan Galápagos).

Pada tahun 2006 Armada Atlantik AS telah dinamakan semula sebagai Markas Angkatan Armada Amerika Syarikat.

Markas ini berpangkalan di Naval Support Activity Hampton Roads di Norfolk, Virginia[2][3] dan merupakan komponen khidmat Tentera Laut kepada Markas Utara AS[4] dan merupakan Markas Komponen Kefungsian Maritim Bersama dibawah Markas Strategik AS.[5][6]

Misi markas ini ialah mengatur, mengawal, melatih, dan melengkapkan pasukan tentera laut untuk di tugaskan kepada Para Panglima Medan Markas Bersepadu; untuk menghalang, mengesan, dan mempertahankan tanahair dari ancaman maritim; dan untuk menjelaskan keperluan peperangan dan kesediaan Armada kepada Ketua Operasi Tentera Laut.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Markas operasi Angkatan Tentera AS

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "U.S. Fleet Forces Command is abbreviated as USFF". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2018. Dicapai pada 16 June 2018.
  2. ^ Draughn-Fraguada, Katisha (2021-07-28). "Naval Support Activity Hampton Roads changes command". DVIDS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-02.
  3. ^ "Welcome to Naval Support Activity Hampton Roads". Commander, Navy Installations Command.
  4. ^ "U.S. Fleet Forces Command Naval Station Norfolk". northcom.mil. Naval Station Norfolk. 16 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2019. Dicapai pada 10 August 2019.
  5. ^ "Functional Components US Strategic Command". stratcom.mil. US Strategic Command. Dicapai pada 10 August 2019. The mission of JFMCC is to conduct joint maritime operations to execute the maritime aspects of strategic deterrence
  6. ^ "US Fleet Forces Commander Designated as NAVSTRAT, JFMCC STRAT". stratcom.mil. Norfolk, Virginia. 1 February 2019. Dicapai pada 10 August 2019.
  7. ^ Fleet Forces Command, U.S. Fleet Forces Command Mission Diarkibkan 5 Oktober 2006 di Wayback Machine

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]