Pergi ke kandungan

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
United States Secretary of Defense
Cap Mohor Jabatan Pertahanan
Bendera Setiausaha
Penyandang
Lloyd Austin
sejak 22 Januari 2021
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
GelaranTuan Setiausaha (Tuan Secretary)
Anggota bagiKabinet Amerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Lapor kepadaPresiden Amerika Syarikat
Bidang kuasaAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiJabatan Pertahanan Amerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
PusatThe Pentagon
Kaunti Arlington, Virginia
Dilantik olehPresiden Amerika Syarikat
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatanTiada tempoh ditetapkan
Surat cara pembentukanKanun Amerika Syarikat 10 § 113
Kanun Amerika Syarikat 50 § 401
PeloporSetiausaha Perang Amerika Syarikat
Dibentuk19 September 1947
PenggantianTempat ke-6 dalam susunan penggantian presiden
Timbalan/naibNaib Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
GajiExecutive Schedule : level 1[1]
Tapak webwww.defense.gov
Twitter: SecDef Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Setiausaha Pertahanan ( Bahasa Inggeris : Secretary Of Defense ; singkatan : SecDef ) merupakan ketua Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, berhubung dengan khidmat ketenteraan dan dan hal-ehwal ketenteraan termasuk Angkatan Tentera Amerika Syarikat bersamaan dengan Menteri Pertahanan di negara lain. Setiausaha dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat dengan persetujuan Senat Amerika Syarikat, dan juga merupakan ahli kepada Kabinet Ameika Syarikat.

Menurut statut, setiausaha itu harus merupakan orang awam yang tidak pernah berkhidmat dalam komponen aktif Angkatan Tentera Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya sepuluh tahun (Kanun Amerika Syarikat 10, Seksyen 113 - Perhatikan bahawa Kongres telah meluluskan sebuah undang-undang yang membenarkan George Marshall dilantik pada tahun 1950, walaupun beliau hanya menjadi orang awam sejak tahun 1945).

Setiausaha Pertahanan berkedudukan tempat keenam dalam susunan penggantian Presiden Amerika Syarikat

Penyusunan dan peranan

[sunting | sunting sumber]

Jawatan Setiausaha Amerika Syarikat dicipta pada tahun 1947 ketika Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Darat, dan Angkatan Tentera Udara yang baru dicipta digabungkan menjadi Badan Tentera Negara yang baru.

Dalam penyusunan semula besar-besaran itu, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, dan bersama-sama Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat dan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat yang baru, masing-masing merupakan jawatan bukan Kabinet di bawah Setiausaha Pertahanan.

Pada tahun 1949, Badan Tentera Negara dinamai semula sebagai Jabatan Pertahanan, suatu nama yang masih digunakan pada hari ini. Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Setiausaha Pertahanan sering dirujuk dengan mudah sebagai "SecDef".

Setiausaha Pertahanan dan Presiden Amerika Syarikat bersama-sama merupakan Pihak Berkuasa Pemerintahan (NCA) yang mempunyai kuasa tunggal untuk melancarkan senjata-senjata nuklear yang strategik.

Semua senjata nuklear dikawal oleh pemerintahan dua orang ini, termasuk juga pada peringkat-peringkat kerajaan yang tertinggi. Kedua-dua orang itu harus bersetuju sebelum sebarang serangan nuklear boleh diarahkan.

Setiausaha Pertahanan, sebagai ketua Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha serta lima orang Setiausaha Rendah dalam bidang-bidang seperti yang berikut:

  • Dasar (yang paling mustahak);
  • Pemerolehan, Teknologi & Logistik;
  • Pengawal/Ketua Pegawai Kewangan;
  • Perisikan; dan
  • Personel & Kesediaan.

Kesemua jawatan tersebut memerlukan pengesahan Senat. Setiausaha Pertahanan juga mengawasi enam orang Ketua Turus Bersama serta panglima-panglima untuk sembilan Markas Medan Bersepadu. Sila lihat rencana ini untuk maklumat lanjut mengenai setiap jawatan dan biografi Timbalan Setiausaha (DepSecDef) serta Setiausaha-setiausaha Rendah (USD).

Senarai Setiausaha Pertahanan

[sunting | sunting sumber]
# Gambar Nama Tempoh jawatan Berkhidmat dengan Presiden
Mula Akhir
1 James Forrestal James Forrestal 17 September 1947 28 Mac 1949 Harry S. Truman
2 Louis A. Johnson Louis A. Johnson 28 Mac 1949 19 September 1950 Harry S. Truman
3 George C. Marshall George C. Marshall 21 September 1950 12 September 1951 Harry S. Truman
4 Robert A. Lovett Robert A. Lovett 17 September 1951 20 Januari 1953 Harry S. Truman
5 Charles E. Wilson Charles E. Wilson 28 Januari 1953 8 Oktober 1957 Dwight D. Eisenhower
6 Neil H. McElroy Neil H. McElroy 9 Oktober 1957 1 Disember 1959 Dwight D. Eisenhower
7 Thomas S. Gates Thomas S. Gates 2 Disember 1959 20 Januari 1961 Dwight D. Eisenhower
8 Robert McNamara Robert McNamara 21 Januari 1961 29 Februari 1968 John F. Kennedy,
Lyndon Johnson
9 Clark M. Clifford Clark M. Clifford 1 Mac 1968 20 Januari 1969 Lyndon Johnson
10 Melvin R. Laird Melvin R. Laird 22 Januari 1969 29 Januari 1973 Richard Nixon
11 Elliot L. Richardson Elliot L. Richardson 30 Januari 1973 24 Mei 1973 Richard Nixon
12 Schlesinger James R. Schlesinger 2 Julai 1973 19 November 1975 Richard Nixon,
Gerald Ford
13 Rumsfeld Donald H. Rumsfeld 20 November 1975 20 Januari 1977 Gerald Ford
14 Harold Brown Harold Brown 21 Januari 1977 20 Januari 1981 Jimmy Carter
15 Caspar W. Weinberger Caspar W. Weinberger 21 Januari 1981 23 November 1987 Ronald Reagan
16 Carlucci Frank C. Carlucci 23 November 1987 20 Januari 1989 Ronald Reagan
17 Cheney Richard B. Cheney 21 Mac 1989 20 Januari 1993 George H. W. Bush
18 Les Aspin Les Aspin 21 Januari 1993 3 Februari 1994 Bill Clinton
19 William J. Perry William J. Perry 3 Februari 1994 23 Januari 1997 Bill Clinton
20 William S. Cohen William S. Cohen 24 Januari 1997 20 Januari 2001 Bill Clinton
21 Rumsfeld Donald H. Rumsfeld 20 Januari 2001 18 Disember 2006 George W. Bush
22 Gates Robert M. Gates 18 Disember 2006 01 Julai 2011 George W. Bush,
Barack Obama
23 Panetta Leon Panetta 01 Julai 2011 27 Februari 2013 Barack Obama
24 Hagel Chuck Hagel 27 Februari 2013 17 Februari 2015
25 Ashton Carter Ashton Carter 17 Februari 2015 19 Januari 2017
26 James Mattis James Mattis [2] 20 Januari 2017 31 Disember 2018 Donald Trump
- Patrick Michael Shanahan [3] 01 Januari 2019 23 Jun 2019
27 Mark Thomas Esper 24 Jun 2019 09 November 2020
- Christopher Charles Miller [4][5][6] 09 November 2020 20 Januari 2021
28 Lloyd Austin 22 Januari 2021 kini Joe Biden

Penggantian

[sunting | sunting sumber]

Penggantian Presiden

[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Pertahanan berada di tempat ke-6 dalam susunan penggantian presiden, mengikuti setiausaha perbendaharaan (tempat ke-5) dan mendahului peguam negara (tempat ke-7).[7]

Penggantian Setiausaha

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2020, Presiden Donald Trump mengubah suai perintah penggantian untuk jawatan Setiausaha Pertahanan dalam Perintah Eksekutif 13963. Urutan penggantian ialah:[8]

# Jawatan
1 Timbalan Setiausaha Pertahanan
2* Setiausaha Tentera Darat

Setiausaha Tentera Laut

Setiausaha Tentera Udara

3 Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Polisi
4 Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Perisikan dan Keselamatan
5 Ketua Pegawai Pengurusan Jabatan Pertahanan
6 Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Pemerolehan dan Pengekalan
7 Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Penyelidikan dan Kejuruteraan
8 Setiausaha Rendah Pertahanan (Akauntan)
9 Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Kakitangan dan Kesediaan
10 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Polisi
11 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Perisikan dan Keselamatan;
12 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Pemerolehan dan Pengekalan;
13 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Penyelidikan dan Kejuruteraan
14 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan (Akauntan)
15 Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Kakitangan dan Kesediaan
16* Ketua Peguam Jabatan Pertahanan

Penolong Setiausaha Pertahanan

Pengarah Penaksiran Kos dan Penilaian Program

Pengarah Ujian Operasi dan Penilaian

Ketua Pegawai Penerangan Jabatan Pertahanan

17* Setiausaha Rendah Tentera Darat

Setiausaha Rendah Tentera Laut

Setiausaha Rendah Tentera Udara

18* Penolong Setiausaha Tentera Darat

Penolong Setiausaha Tentera Laut

Penolong Setiausaha Tentera Udara

Ketua Peguam Tentera Darat

Ketua Peguam Tentera Laut

Ketua Peguam Tentera Udara

*Urutan Penggantian ditentukan oleh senioriti para pegawai mengikut peranan mereka.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kanun Amerika Syarikat 05 § 5312
  2. ^ James N. Mattis di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
  3. ^ Patrick Michael Shanahan di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
  4. ^ "I am pleased to announce that Christopher C. Miller, the highly respected Director of the National Counterterrorism Center (unanimously confirmed by the Senate), will be Acting Secretary of Defense, effective immediately" dari Twitter President AS Donald John Trump pada 09 November 2020
  5. ^ "Christopher Charles Miller" dari United States Senate Intelligence 8.52MB
  6. ^ Christopher C. Miller di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
  7. ^ 3 U.S.C. § 19.
  8. ^ "Executive Order on Providing an Order of Succession within the Department of Defense" (dalam bahasa Inggeris). December 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2020. Dicapai pada January 9, 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]