Armada Pasifik Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armada Pasifik Amerika Syarikat
Mohor Panglima Armada Pasifik Amerika Syarikat
Ditubuhkan pada1907; 117 tahun yang lalu (1907)
NegaraAmerika Syarikat
CawanganTentera Laut Amerika Syarikat
JenisMarkas peringkat kancah
Saiz250,000 kelasi Tentera Laut dan askar Marin
2,000 pesawat
200 kapal
Sebahagian daripadaMarkas Indo-Pasifik
PangkalanStesen Tentera Laut Pearl Harbor
Pertempuran
Laman webhttps://www.cpf.navy.mil/
Komander
PanglimaADM Samuel J. Paparo Jr.[1]
Timbalan PanglimaVADM Blake L. Converse
Fleet Master ChiefFLTCM James R. Tocorzic[2]

Armada Pasifik Amerika Syarikat atau United States Pacific Fleet (USPACFLT) ialah markas komponen peringkat kancah bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, terletak di Lautan Pasifik. Ia menyediakan pasukan tentera laut kepada Markas Pemerintahan Indo-Pasifik. Markas armada bertempat di Pangkalan Bersama Pearl Harbor–Hickam, Hawaii, berserta fasiliti sekunder yang besar di Stesen Udara Tentera Laut North Island, California.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Armada Pasifik telah ditubuhkan pada tahun 1907 apabila Skuadron Asiatik dan Skuadron Pasifik digabungkan. Pada tahun 1910, kapal-kapal Skuadron Pertama telah disusun semula menjadi Armada Asiatik yang berasingan. Arahan Am 94 bertarikh 6 Disember 1922 menyusun Armada Amerika Syarikat, dengan Pasukan Tempur sebagai petugas Pasifik. Sehingga Mei 1940, Pasukan Tempur ditempatkan di Pesisir Barat Amerika Syarikat. Ibupejabat, kapal tempur, kapal pengangkut pesawat dan kruiser berat ditempatkan di San Pedro dekat dengan Limbungan Tentera Laut Long Beach. Kruiser ringan, kapal pembinasa dan kapal selam ditempatkan di San Diego.

Pada musim panas 1940, sebagai sebahagian daripada tindak balas AS terhadap perluasan Jepun, ia telah diarah mengambil posisi "terdepan" di Pearl Harbor, Hawaii. Pangkalan jangka panjang di Pearl Harbor ditentang hebat oleh panglima, Laksamana James O. Richardson, sehinggakan beliau sendiri membantah di Washington. Pertimbangan politik dianggap cukup penting hinggakan beliau digantikan oleh Laksamana Husband E. Kimmel, orang yang memerintah pada masa serangan Pearl Harbor. Armada Pasifik secara rasmi dicipta semula pada 1 Februari 1941, apabila Arahan Am 143 membahagikan Armada Amerika Syarikat kepada Armada Atlantik, Pasifik, dan Armada Asiatik yang berasingan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Leaders — U.S. Pacific Fleet". Cpf.navy.mil. Dicapai pada 2022-03-16.
  2. ^ "Fleet Master Chief James "Smitty "Tocorzic"". Dicapai pada 2021-07-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]