Meh Sandar Lagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Meh Sandar Lagi
GenreCinta
Komedi
FormatDrama
Ditulis olehMarr Mohamad
PengarahKyoll Hamzah
Dibintangi oleh
Mira Filzah
Aliff Aziz
Lagu pembukaanSandar Padaku - Aliff Aziz & Mira Filzah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod8 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.58 petang.
Syarikat penerbitan
(Zeel Production Sdn.Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal28 Ogos 2017 – 7 September 2017
Kronologi
MengikutiPinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
Diikuti olehTitian Cinta

Meh Sandar Lagi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Mira Filzah, dan Aliff Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 28 Ogos 2017 menggantikan Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. [1]

Drama ini merupakan sekuel/sambungan kepada drama Meh Sandar Pada Aku.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Meh Sandar Lagi. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021