Daler Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daler Yusuf
Rusia: далер хамрокулович юсупов
Uzbek: Daler Khamr 'okulovich Yusupov
Kelahiran
Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad

(1992-12-31) 31 Disember 1992 (umur 28)
Pusat pendidikanKolej Antarabagsa Westminster
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini

Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad (Bahasa Uzbek: Daler Yusuf Khamrokulov, Bahasa Rusia: Далер Юсуф Хамрокулов; lahir 31 Disember 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia-Uzbekistan.[1] Beliau terkenal dengan drama lakonan beliau termasuk Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku, Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih bahasa Melayu. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.[4][5]

Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala beliau memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Nelydia Senrose dalam Encik Suami Mat Salih Celup yang disiarkan di Slot Dahlia TV3.[6] Beliau berlakon dalam drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.

Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Daler lahir di Dushanbe, Tajikistan dari keluarga berdarah kacukan Uzbekistan kepada bapa berbangsa Uzbekistan. Beliau merupakan lulusan dalam Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabangsa Westminster.[7]

Bapanya meninggal dunia pada September 2020 akibat COVID-19.[8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Daler juga pernah mengakui bahawa Sherzod Yusuf sebagai adik beliau dan gambar mereka bersama sering dimuatnaik di laman media sosial. Selepas kontroversi Sherzod liat membayar hutang dan melakukan penipuan wang terhadap rakan-rakannya, ramai warga maya yang meminta Daler memberikan komen beliau. Kontroversi timbul apabila Daler membuat pengakuan bahawa Sherzod bukanlah adik beliau tetapi sekadar saudara sesama islam dan senegara.[9] Mereka masih rapat.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Kastil Tua Andre Chaska Doppert Filem Indonesia
2017 Gasing Tengkorak Kevin Khoiro Jose Poernomo Filem Indonesia
2020 Mael Totey The Movie Raheem Syahmi Sazli Pelakon undangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Tuan Anas Mikael Mika Channarong Astro Ria
2016 Lip Lap Raya Adam HyppTV
2017 Titian Cinta Rayyan Hakim TV3
Encik Suami Mat Salih Celup Ian Hadif TV3
Meh Sandar Lagi Dr Syereff TV3
2018 Nafas Uwais ntv7
Jangan Benci Cintaku Irwan TV3
Amira Rose Amir
Terima Aku Seadanya Peter ntv7
2019 Encik Iman Ekspres Norman Astro Ria
3 Gadis Manis Que Astro Gempak
Bukan Cinta Aku Aidil TV3
Nota Buat Cempaka Dr. Luqman Harith RTM
2020 Potong Mike Astro Warna
2021 Marry Me Senorita Chef Riz Astro Ria
The Hotel Razul Ilyas Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku HyppTV
2017 Selamat Tinggal Aidilfitri Astro Prima
Menyusur Erti Rindu TV9
2018 DM Hati Awak Danial ntv7
2019 Bungaku Ayu Kamil RTM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Daler Yusuf Azhan.co (7 Ogos 2017). Dicapai pada 29 September 2018.
  2. ^ Uzbek actor gaining popularity here The Star Online (11 Ogos 2017). Dicapai pada 21 Disember 2017.
  3. ^ Ramlah Zainal (3 Mei 2018). Masih gementar di lokasi Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (2 September 2018). Skrip bantu Daler kuasai bahasa Melayu Berita Harian. Dicapai pada 5 September 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (5 September 2016). Daler usaha fasih bahasa Melayu demi lakonan Berita Harian. Dicapai pada 5 September 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (6 Disember 2016). Daler berdebar beraksi dengan Nelydia Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (20 Disember 2017). Daler Yusuf Solat Sunat Jadi Tular mSTAR Online. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 September 2020). Bapa Daler Yusuf meninggal dunia akibat COVID-19 Harian Metro. Dicapai pada 4 September 2020.
  9. ^ Liat bayar hutang punya fasal, Daler Yusuf dedah Sherzod bukan adiknya mStar Online (16 Ogos 2018). Dicapai pada 17 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]