Misai kucing
Misai kucing Kumis kucing | |
---|---|
Orthosiphon aristatus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
Divisi: | |
Subdivisi: | |
(tanpa pangkat): | |
Kelas: | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | O. aristatus
|
Nama binomial | |
Orthosiphon aristatus (Blume) Miq.
| |
Sinonim[1] | |
|
Misai kucing atau kumis kucing (nama saintifik: Orthosiphon aristatus) ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga Lamiaceae. Ia didapati dalam kawasan rangkuman dari selatan China, ke serata subbenua India, Asia Tenggara malah ke kawasan tropika Queensland di benua Australia.[1][2][3][4]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Bunga ini mendapat namanya dari penampakan stamen bunga pokok ini yang panjang menyerupai misai atau kumis seekor kucing; misai kucing digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura manakala kumis kucing dipakai di pulau Sumatera. Terdapat juga nama-nama setempat Nusantara lain termasuk:
- kumis ucing (bahasa Sunda)
- remujung (bahasa Jawa)
- se-salaseyan atau songkot koceng (Madura).
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok misai kucing ialah pokok renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 meter.[5] Batang pokok berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Daun tumbuhan ini tumbuh tersusun dalam pasangan yang bertentangan; ia berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi dengan ukuran panjang antara 10 sm dan lebarnya 7.5mm – 1.5 sm manakala tangkainya pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.[5]
Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiruan atau keunguan dengan filamen stamen lebih panjang dari tabung memberi nama bunga ini. Buah yang terhasil berwarna perang gelap dengan panjang 1.75 – 2mm. [5]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan.
Dalam perubatan
[sunting | sunting sumber]Daun-daun pokok ini boleh diseduh menjadi teh[6] yang dipercayai mampu merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi.[6]
Tujuan lain
[sunting | sunting sumber]Pokok misai kucing sering ditanam sebagai tanaman hiasan untuk menarik banyak serangga seperti lebah dan kupu-kupu mengerumuni kepada nektar ia serta mencantikkan taman dengan bunga-bunganya.[7][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
- ^ Tanaka, N., Koyama, T. & Murata, J. (2005). The flowering plants of Mt. Popa, central Myanmar - Results of Myanmar-Japanese joint expeditions, 2000-2004. Makinoa 5: 1-102.
- ^ Suddee, S., Paton, A.J. & Parnell, J.A.N. (2005). Taxonomic Revision of the tribe Ocimeae Dumort (Lamiaceae) in continental South East Asia III. Ociminae. Kew Bulletin 60: 3-75.
- ^ Khanam, M. & Hassan, M.A. (2008). Lamiaceae. Flora of Bangladesh 58: 1-161. Bangladesh National Herbarium, Dhaka.
- ^ a b c Herawaty, Tety dan Ari Novianti. 2006. Kumis Kucing. Badan Pengawas Obat dan Makanan, Direktorat Obat Aasli Indonesia. Halaman 4-13
- ^ a b c Noraida. "Direktori Tumbuhan: Misai Kucing". Melur Nursery.
- ^ Spengler, Teo (2021). "How To Grow A Cat Whiskers Plant: Growing Cat Whiskers In Gardens". Gardening Know How.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Misai kucing. |
- Maklumat lanjut spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
- Maklumat lanjut spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia